Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: 2016

Saturday 31 December 2016

(STICKEY POST) Jawatan Kosong Pemandu Part Time / Fulltime di perlukan (UBER)

Haaa, bagi sape-sape yang tengah tercari-cari kerja, meh sini meh try jadi driver dengan UBER sementara nak dapat kerja fulltime. Nak jadi driver fulltime pun boleh. Nak cari duit lebih untuk kawen, lagi dialu-alukan. Semoga niat untuk dirikan masjid, berjalan dengan lancar. Amin!  Apa itu UBER? sila baca sini.

Husband Nora salah sorang pemandu UBER. Sebab dia jenis susah sangat bangun pagi, kerja ni agak flexible untuk dia. Tak kesah pukul berapa pun anda anda nak bekerja, boleh. Sebabnya, pelanggan akan senantiasa ADA. Jangan risau.


Ini weekly income yer. YES, weekly. Driver UBER akan dibayar gaji setiap hari Rabu. In Shaa Allah, rezeki awak awak semua takkan putus. yang penting usaha. Ni income en suami untuk minggu ni. Lelaki, kalau dah nampak banyak duit akan masuk bank, malas dia mula la datang. kejap keluar kejap tidak.

Macammana nak jadi Driver UBER? Perlu penuhi syarat-syarat di yer?

GAJI HARIAN : RM150-RM250 (bole earn lebih jika rajin)
GAJI MINGGUAN : RM1000-RM2500
(Waktu kerja fleksibel ikut masa sendiri, pelanggan 24 jam ada)

PASTIKAN ANDA PENUHI SYARAT-SYARAT DI BAWAH SEBELUM WHATSAPP !!
1. MEMILIKI KERETA 4 PINTU & keadaan baik
a) kereta tempatan - tahun 2009 ke atas
b) kereta import - tahun 2008 ke atas
2. Cover insurans driver or 2nd driver diatas nama kamu
3. LELAKI & PEREMPUAN berumur tidak kurang dari 21 Tahun
4. Memiliki lesen memandu penuh (lesen 'P' tak layak)

Kalau berminat atau ada pertayaan, jangan segan silu untuk  or  or whatsapp ke nombor 011-23773380 (Shah).

Terima kasih semua. Semoga post kali ni dapat membantu orang yang tiada kerja atau yang ingin mencari pendapatan lebih.


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 15 December 2016

Indoor Paygroud @ Reka Zone

Lama dah tak buang sawang sawang kat blog ni. Kesian. Kekangan masa sebab anak anak tengah berkembang otak otak nyaa. Kene bagi perhatian lebih sikit. So, berkurangla jugak aktiviti menulis blog. hihihii.

Sejak-sejak lepas raya ni, memang jarang sangat anak anak dapat keluar jalan jalan. Almaklumlaa, ekonomi makin lama makin teruk. Gaji still sama tak naik naik. So, bila ade duit lebih, masa untuk gembirakan anak anak laaa.


Perancangan asal nak bawak KakYaa pergi tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng and tinggalkan Aufa dekat rumah mak Nora tapii saat saat akhir perancangan berubah dek kerana banyak sangat orang cakap cerita tu tak sesuai untuk budak 2tahun sebab nyaa Upin Ipin tu hanya imiginasi Balqis. Jadinyaaa, Upin Ipin tu lambat sangat keluar and tak banyak pun scene nyaaa. Buatnyaaa tetiba KakYaa buat hal dalam wayang sebab tak dapat tengok Upin Ipin, lebih baik tukar plan.

Takde pun back up plan sebenarnya. Dalam kereta masa takde arah tuju, terus google tempat tempat yang sesuai untuk budak budak setahun keatas. And jumpa laaa laman sesawang Reka Zone. Banyak lagi sebenarnya tempat yang lagi menarik dari Reka Zone. Tapi disebabkan ni first time pergi tempat tempat macamni, better lah pilih yang dekat dan agak berpatutan. Kang bayar bayar, bebudak ni taknak pulak main. Naik hantu pulak Ummi nyaaa. hihihi.


Ni harga harga untuk masuk Reka Zone. Aufa dah tentu tentu RM13. Kakyaa di awang awangan sebab umur dia 2 tahun 2 bulan. Memula staff cakap RM24. Then Nora pandang husband, husband pandang Nora. Lepastu staff tanya umur KakYaa berapa. Nora terus cakap 2 tahun. Staff terus charge RM13 sorang. hihihi! Untuk pengetahuan semua, seorang kanak-kanak hanya boleh ditemani oleh seorang penjaga sahaja. Kalau nak masuk lebih dari seorang, penjaga yang kedua dan seterusnya akan dikenakan charge. Dalam RM3 or RM4 macamtu. Seelok-eloknyaaa, bawak stoking untuk anak anak dan penjaga. WAJIB pakai stoking yer semua. Walaupun macam agak susah untuk kanak-kanak bermain, tapi ini adalah untuk Hygiene. Stokin juga boleh dibeli di kaunter. Murah je.

Jom tengok apa yang ade. 
KakYaaa duk sebok kutip kutip bola sampai penuh bakul lepastu campak dekat machine sedut bola tu dan bola akan keluar dari atas macam hujan gituuu. MakPak budak budak pun semua dok tolong kutip jugak. Taktahu lah anak yang eksited ke MakPak. kihkih!
Aufa pulak kejenya nak berkepit jeeeee. Nak paksa Aufa main jugakk, letak dalam terowong, Nora terus lari dekat tempat keluar terowong. Barulahh nak berjalan menyusuri terowong tu. cewahhhh, ayat gituu.
Ni feveret place kakak dengan adik. Tapi Nora kurang gemar KakYaa dengan Aufa main dekat sini sbb budak-budak dalam lingkungan 7-8 tahun main gelongsor sini. So, agak bahaya disitu. 
Banyak lagi sebenranya mainan yang ade dekat Reka Zone ni. Tapi Nora takdelah tangkap semua. Sebab anak anak Nora ni memang aktif berlari. Kejap je hilang. Tak boleh hilang dari pandangan mata. BAHAYA. Kalau nak tahu ape lagi ada dekat reka zone, boleh terus pg laman web Reka Zone Jooom tengok video KakYaa main gelonsor pulakkkk.

Well, macam yang Nora cakap kat atas tadi, kitorang takde back up plan. Soo, kakYaa terpaksa la pakai baju princess dia umtuk main main semua ni. Walaupun bawak baju spare, malas nak tukar. hihihi! Janji anak anak . So, apa lagi koranggg, pg lahh terjah Reka Zone ni. Bolehhh refer address dekat bawah yer? Lengkapkan mental dan fizikal anda sebelum datang yer sebab kemungkinan besar anak anak anda taknak balik (Macam KakYaaa. Sampai Ummi dukung bawak keluar terus)
Okayyylahh, sampai sini dulu. Lagi 7 minit ade meeting akhir tahun. Program apa yer menarik akhir tahun ni. hehehehe!

P/S : Aufa dah ade 5 batang gigi tauu.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 10 October 2016

Aufa dah Berjalan ?

Lagi 4 hari prince Nora, Danish Aufa dah masuk 11 bulan. Kalau sebelum ni, dia jalan setapak dua tapak je. Kalau nak jalan pun, nak orang pegang. Taknak jalan sendiri. Tapii malam semalam dalam jam 10.00malam, terkejut Nora bila dia berjalan sambil nak capai bola. Alhamdulillah, Aufa pun cepat berjalan macam KakYaa. Penat la Ummi nak mengejar Princess dengan prince Ummi lepasni.


Coretan,
Nora


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 22 September 2016

Dhiya Arissa Turn 2

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah 2tahun dah usia princess Nora ni. Rasa macam baru je lagii lahirkan KakYaa. Semoga anak Ummi&Abi akan jadi kakak yang baik kepada adik adik. Jadi semangat kepada Ummi&Abi. Jadi anak yang solehah. Berguna pada bangsa, agama dan negara.

Ummi&Abi nak mintak maaf kalau sepanjang 2tahun KakYaa ade dekat bumi Allah ni, Ummi&Abi tak dapat nak sediakan kemewahan untuk KakYaa. Hiduplah dalam kesederhanaan. Semoga dengan kesederhanaan yang Ummi&Abi berikan ni, akan jadikan KakYaa lebih matang dan beringat tentang kesusahan yang telah KakYaa harungi & tidak akan memandang rendah pada orang orang yang tidak mampu pada masa akan datang kelak. Semoga KakYaa dapat bawak Ummi&Abi ke syurga Allah. In Shaa Allah.


Nukilan,
Ummi
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 14 September 2016

Happy Belated Birthday, KakZaa

On your special day, I am recalling all of the great times we’ve spent together. You always bring a sweet smile to my face! Happy Belated Birthday to you KakZaa, my special friend, who will forever hold a special place in my heart. 12 Sept 2016


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Salam AidilAdha

Dah masuk hari ke3 AidilAdha. Selamat Hari Raya semua. Jangan banyak makan lembu. Kang ade yang pitam laaa. Darah tinggi tetiba laaa. Haaaa, dari gembira gembira, terus berduka. kihkih ! Mintak dijauhkan yer.

Korang balik kampung ke? Almaklumlaaa, Raya Haji jatuh hari Isnin, 12/09/2016. Jumaat pulak Hari 1 Malaysia 16/09/2016. Majority budak office semua ambik sederet cuti sampai 18hb. Keje laa Nora sengsorang kat opis. 


Plan asal, Nora beraya kat rumah je dengan Mak Ayah. Tapi tibatiba hari Sabtu (10/09/2016), lepas pergi kenduri anak kawan sekolah mak dekat Kuala Kubu Bharu, ayah terus balik kampung mak dekat Sabak Bernam. Tahu la sejak sejak Nora dah bergelar PUAN ni, tak pernah sekali pun balik kampung mak. Saje nak suh balik lerr tue. Huuu.
 ni kawan sekolah mak. bukti kehadiran. hihihi!

Bukan taknak balik yer tapii cuti raya selalunya tak lama. Bila turn raya belah Nora, selalunya turn mak ayah balik Taiping (Kg Ayah). Opkosla Nora pun ke Taiping kan. Lepastu terus ke Johor pulak (Kg Husband). Kg husband senang. Belah arwah ayah and mak mertua semua area Johor. Memang sekali harung je semua. Kalau tak balik kampung mak pun, tak rasa terkilan sangat sebabnya semua sedara mara tinggal KL. Atuk pun memang tinggal rumah anak anak dia. Kadang kadang je balik kampung. Itupun dia balik hari.
Haaa, nii gambar hero heroin Nora. masyaAllah, Tuhan je tahu penatnya Nora jaga diorang. Yang si kakak tak boleh la orang nak cuit sikit. Kacau kacau sikit. Terjerit jerit lahh dia. Dia kacau orang takpe. Jangan sape sape pun pertikaikan. Yang si adik pulakkk, buas yang amat tapi nak kene Ummi sentiasa ada dengan dia. Kalau tak, menangis. Memang tak buat kerja langsung laaa. Duk ngadap putera puteri nihh. Orang pergi sembahyang raya, Nora duk tido lagi sebab diorang pun tido. Kebetulan, uzur pulak. Nasib adik perempuan pun uzur. Hehehe! Ade teman.

Orang balik sembahyang raya, tengok kat dapur dah siap pulut, nasi impit, rendang semua. Tah bila lahh mak Nora masak. Kesian, tak dapat nak tolong. Maaf mak. Tahun ni tak dapat nak tengok orang sembelih lembu. Lagi pulak jauh. Sape pulak nak jaga putera puteri ni. En suami tak ikut. huuuuu! Jadi nya duduk umah tengok tv jeee. Orang pun tak datang raya. Soooo boring. Ni salah satu sebab kenapa Nora tak suka balik sini (ooopppps) !

Takde apa yang menarik pun raya haji tahun ni. Sampai sini dulu yerrr.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wordless Wednesday #19 | Member Baik






Lots of Love,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 9 September 2016

Harijadi Ke 27

Dah masuk bulan baru, baru sebok nak update pasal birthday diri sendiri. NAMPAK TAK KEMALASAN DISITU? Alhamdulillah, dah menjangkau usia 27tahun pada 23 Ogos 2016. Masih diberi peluang untuk merasai kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Dan yang paling penting, masih mampu beri yang terbaik buat suami dan anak anak. In Shaa Allah. 

Terima kasih pada mak ayah kerana telah melahirkan Nora ke dunia dan memberikan segala keperluan dan kehendak walaupun hidup keluarga kita biasa-biasa sahaja. Jasa mak dan ayah takkan dapat dibalas.
 gambar 2012, time bertunang

Buat suami pulaaa, terima kasih untuk dinner treat malam sebelum birthday. hihihi! Lama tak pg makan satu keluarga sejak sejak en suami ni dah bawak uber. Dan paham situasi en suami sekarang disebabkan kewangan kami sekeluarga masih tak stabil sejak sejak kitorang berhenti kerja dari satu company yang sama pertengahan tahun 2015. Rezeki tu Allah yang bagi. Bersyukur dengan apa yang ada. Terima kasih jugak sebab kerja siang malam semata mata nak berikan yang terbaik untuk isteri dan anak anak.

Semoga dengan meningkatnya umur, hidup akan lebih diberkati dunia akhirat. In Shaa Allah.


Regards,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 24 August 2016

Wordless Wednesday #18 | Ibu Garang





Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 16 August 2016

KakYaa & Dik Aufa Main Cak Cak

Haaa, ni la aktiviti dua beradik tengah-tengah malam. Main cak cak tepi sofa. Yang si kakak pun, memang suka menyorok tepi sofa kalau nak meneran berak ke, lari dari UmmiAbi ke, menangis ke. Situ lahh tempat nyaaaa. HAHAHA ! Sayang mereka dunia akhirat.
Sekarang ni memang suka sangat buat video ape je yang diorang suka buat. Atlease boleh menggembirakan hati sendiri bila free / kecewa atau tatapan dihari tua. Terima kasih Ya Allah atas amanah yang telah kau berikan. Semoga anak-anak Ummi akan jadi anak anak yang soleh dunia akhirat. In Shaa Allah.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 9 August 2016

Ummi buli KakYaa

Selamat hari Selasa semua. Camne cuti hari minggu? Sebok dengan Pokemon GO? takyah laaa main Pokemon Go tu, bahaya kan diri sendiri dan juga insan insan tersayang yang lain? TAK CAYE? Try laaa download dan main. Tapii, kalau masih tiada perasaan bahaya, hati anda telah hitam. KIHKIH !

Okayyyy, stop pasal pokemon ke doraemon ke. Nora nak upload video KakYaa kene buli dengan Nora sampai menangis. hehehe! Nora memang suka buat buat KakYaa menangis. Tapiiii, kalau orang lain buat KakYaa menangis, memang Nora pantang betul. kihkih !
KakYaa nampak Nora rakam video, terus berhenti sebab nak tengok video sendiri. Ehh? budak budak sekarang. Lebih pandai gadget dari makayah. 

Next time video Aufa pulakk yer? Bubye.


Coretan,
Nora






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 1 August 2016

Boomerang Arissa

Sebab budak budak office asyik dok guna application boomerang ni, I pon terjebak. Tak pasal pasal Arissa jadi mangsa. hehehehe ! ENJOYYYY guyssss. 




Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

PotLuck Raya Gafis 2016

Lagi 3 hari Syawal akan melabuhkan tirai. Macam macam kenangan suka duka dalam bulan Syawal ni. Alhamdulillah, lebih banyak suka dari duka. HEHEHE ! Rini nak kongsi cerita pasal pot luck kat Office Jumaat lepas. Potluck genggeng gegirl jeee. Tapii, lelaki dijemput hadir selepas solat jumaat sampai laaa office tutup. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Next time bole buat lagii.
 Ni senarai menu yang kami kami bawak. Alhamdulillah, keyang sampai kemalam. Sedappp hangpa semua masak.

Sempat lagi mak andam opis kami buat backdrop ni haaaa. Semata mata nak sepiaqqq punya pasai. Maaf naaa tak dapat tolong. Tetiba pagi nak pg office masa hari kejadian, motor I rosak. Lambat lah 2jam masuk opis. Apa apa pun, memang cantik dan tiptop. hehehe!
Ni laaa chef chef semua. 12 orang semuanya kaum hawa. 
Belakang (Dari kiri) : Puan Laili (Boss I tauuu), Tasneem, Fatimah Puteri, Noralmira, Shahira, Norasikin, Amelina, Rosliza (zaza)
Depan (Dari Kiri) : Ain, Arifah, Maya, Syazwani

Haaa, ni la menu menu kami. Tergoda tak? Sedappp oooooo. Rugi sape tak rasa. kihkih !

Nora shared gambar ni je hokeyyy. gambar lain toksah laaaa. Kang cakap perempuan perempuan gedik pulak. Tapiiii, Nora nak shared video boomerang. Gedik pun tak kesah. Nak shared jugak. Kihkih! Semoga terhibur.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen