Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: July 2016

Thursday 28 July 2016

Cara Semak No GST Company

Harini Nora nak ajar cara nak semak samada company tu ada daftar GST ataupun tak. Semua pun dah maklum kan apa itu GST? GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.

Semak GST ni penting yer kawan-kawan. Kalau tak, nanti dorang kene kan GST, tapi sebenarnya diorang tak daftar pun dengan kastam. So GST tu dorang hadam sorang sorang.

Cara nak semak mudah je. Mula-mula, pg ke laman web KASTAM dan kemudian cari ikon "TAP TaxPayer Access Point"


Lepastu, cari Lookup GST Status dan klik.

Akhir sekali, masukkan detail apa yang korang ade. Kalau ade ROC number, masukkan ROC number. Nanti automatik dia akan keluar macam gambar kat bawah ni. Kalau aktif tue, berdaftar laaa.

Harap dapat membantu. 



Coretan,
Nora
www.customs.gov.my#sthash.QPZFBXOz.dpuf

www.customs.gov.my#sthash.QPZFBXOz.dpuf
www.customs.gov.my#sthash.QPZFBXOz.dpuf
www.customs.gov.my#sthash.QPZFBXOz.dpuf
www.customs.gov.my#sthash.QPZFBXOz.dpuf
www.customs.gov.my#sthash.QPZFBXOz.dpuf


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 27 July 2016

Cara Daftar i-Akaun Online

. Harini Nora nak habaqqq sikit Cara Nak Daftar i-Akaun KWSP tanpa perlu susah susah pergi cawangan KWSP yang terdekat. Tapi kalau hangpa hangpa semua rajin nak p, takpe. Lagi cenggini


Nora call je. Senang, jimat masa dan tenaga. Apa itu i-Akaun? Sila http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/faq/i-akaun

Ikut step di untuk daftar i-Akaun secara online:

STEP PERTAMA :

Call Pusat Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 (Cakap dengan operator tu hangpa hangpa nak daftar i-Akaun. Operator tu akan mintak no ic dan buat 2 3 pengesahan untuk mengesahkan yang korang ni tak menipu)

Korang akan terima satu sms macam kat bawah ni untuk 'activation code'.
  Once korang dah received sms, boleh lah bukak laman web KWSP dalam tempoh 30hari selepas terima sms ni yer.


STEP KEDUA :
Login ke i-Akaun, click Ahli.
Click login kali pertama

Baca terma dan syarat, tick setuju diikuti button seterusnya.

Isi semua yang ade dalam kotak merah seperti di atas. No ID maksudnya ialah IC No. No KWSP, no ahli korang laaa. Kod Pengaktifan pulakk, no yang korang dapat dari sms yang telah korang terima tu.

Lepas dah isi semua, akan ada lagi satu page yang korang kene isi butiran diri. Dah siap semua, baru boleh login i-Akaun pada bila-bila masa.

Semoga bermanfaat untuk semua. Byeeeee !


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 26 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 2016

Alhamdulillah, harini dah masuk 21 syawal. Baru berkesempatan nak hupdate blog. Dari 17 syawal update ni diperap. Sebelum sebelum ni banyak je masa nak update tpppp kemalasan melanda. hahahaha ! Okayyyy, jooom cite pasal raya pulak.

Tahun lepas kami raya bertiga. Tahun nie berempat la pulakkk. Tahun depan?? berempat lagi laaaaa. Mau meroyan kalau tambah lagi sorang. Semua kecik kecik. Hehehe! Raya pertama bagi Danish Aufa dan raya ke2 bagi Dhiya Arissa. Tahun ni turn Ummi hokeyyyyy. Yeayyyyy! BATU KURAU BATU KURAU.

Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air bergenang,
Dosa tertimbun mohon diampun,
Salah dan silap jangan dikenang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tema tahun ni pinkkkk hokeyyy. Bukan senang tau en somi nak pakai pink. Tetiba dia pulak yang tak kesah. Nampak sweet tak? Ni gambar 1st raya masa dekat kampung Nora. Batu Kurau, Taiping Perak. Nak tangkap gambar sekeping ni pun bukan main susah lagi nak ajak. dapat sekeping ni pun dah syukur alhamdulillah. Lain semua berwefie dengan sepupu sepapt hakak jeee. kihkih !
Ni pulak gambar dengan mak ayah and adik. Sorang je lagi adik takde. Disebabkan urusan kerja dan tanggungjawab, dia tak dapat nak balik kampung raya sekali. Ni 1st time dia tak balik raya. Mesti nangis esak esak kat rumah kan?
Ni pulak sepupu sepapat anak buah semua ade. Tak sempat nak kumpul semua and susun cantik cantik. Ade yang sebok makan la. Layan anak la. Buat itu la ini la. Tangkap rawak jeee. Cantik jugakkk kan?
Ni pulakkk gambar pengarang jantung Nora. Yang si kakak asyik mengunyahh jeee. Yang si adik pulak, nak makan nak makan. Tapi kecik lagi. Mane boleh makan semua. KESIAN ummi tengok anak ummi nie.

Dari pagi beraya, bawak la ke malam. Dah nak tido, baru reti nak balik.

Maghrib raya ke2 bersamaan hari Khamis 07/07/2016 barulah kami sekeluarga berangkat ke kampung En suami di Sri Gading, Batu Pahat. Sampai sana je jam 2.00AM. Sampai sampai, terus makan. lapaqqqq bak hang. Pastu baru tidooo.

Tahun ni raya Batu Pahat tak berapa nak meriah. Takde jalan jalan macam tahun tahun sebelum sebab Ucu (adik arwah mak mertua) dapat 2 cucu serentak. Dua dua dalam pantang lagi. Kami dok tunggu orang datang rumah jelahh. Malam pulakk, baru pergi rumah sepupu husband sebab nak bertunang. Itupun area area sana jugak.
Nama sepupu en suami yang bertunang ni, sama tau nama dia ngan nama Nora. Cuma nama dia ade "H" jeee. Orang kampung panggil dia ekin. Nora je family en somi panggil Nora. Sbb masa keje dengan en suami dulu, orang orang sana memang panggil Nora. Melekat sampai sudah. Kihkih !
Ni lagi gambar waktu majlis. Orang duk sebok makan. Nora dok sebok selpiaqqq dengan anak. Tunggu husband makan dulu, pastu turn dia pulak jaga anak. Hehehehe!

Hari sabtu lepas Zohor pulak, adik beradik en suami rushing balik kampung arwah ayah mertua Nora pulak. Nora pun tak ingat la ape nama kampung tu. Sebab selalu kalau balik sini, tak tido pun. Jalan jalan rumah sedara mara, terus balik Pemanis, Segamat (rumah arwah mak & ayah mertua). Kenapa & mengapa, Nora memang taktahu lah.

Sampai sini jelah cerita cerita raya di kampung untuk tahun ni yer? Kalau rajin, cerita pasal jalan jalan raya bersama kawan kawan dengan sedara mara kat KL pulak. hikhik ! KALAU RAJIN...

Okayyyyy, jumpa next entryyyy.  

 


Coretan,
Nora


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen