Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: Salam AidilAdha

Wednesday 14 September 2016

Salam AidilAdha

Dah masuk hari ke3 AidilAdha. Selamat Hari Raya semua. Jangan banyak makan lembu. Kang ade yang pitam laaa. Darah tinggi tetiba laaa. Haaaa, dari gembira gembira, terus berduka. kihkih ! Mintak dijauhkan yer.

Korang balik kampung ke? Almaklumlaaa, Raya Haji jatuh hari Isnin, 12/09/2016. Jumaat pulak Hari 1 Malaysia 16/09/2016. Majority budak office semua ambik sederet cuti sampai 18hb. Keje laa Nora sengsorang kat opis. 


Plan asal, Nora beraya kat rumah je dengan Mak Ayah. Tapi tibatiba hari Sabtu (10/09/2016), lepas pergi kenduri anak kawan sekolah mak dekat Kuala Kubu Bharu, ayah terus balik kampung mak dekat Sabak Bernam. Tahu la sejak sejak Nora dah bergelar PUAN ni, tak pernah sekali pun balik kampung mak. Saje nak suh balik lerr tue. Huuu.
 ni kawan sekolah mak. bukti kehadiran. hihihi!

Bukan taknak balik yer tapii cuti raya selalunya tak lama. Bila turn raya belah Nora, selalunya turn mak ayah balik Taiping (Kg Ayah). Opkosla Nora pun ke Taiping kan. Lepastu terus ke Johor pulak (Kg Husband). Kg husband senang. Belah arwah ayah and mak mertua semua area Johor. Memang sekali harung je semua. Kalau tak balik kampung mak pun, tak rasa terkilan sangat sebabnya semua sedara mara tinggal KL. Atuk pun memang tinggal rumah anak anak dia. Kadang kadang je balik kampung. Itupun dia balik hari.
Haaa, nii gambar hero heroin Nora. masyaAllah, Tuhan je tahu penatnya Nora jaga diorang. Yang si kakak tak boleh la orang nak cuit sikit. Kacau kacau sikit. Terjerit jerit lahh dia. Dia kacau orang takpe. Jangan sape sape pun pertikaikan. Yang si adik pulakkk, buas yang amat tapi nak kene Ummi sentiasa ada dengan dia. Kalau tak, menangis. Memang tak buat kerja langsung laaa. Duk ngadap putera puteri nihh. Orang pergi sembahyang raya, Nora duk tido lagi sebab diorang pun tido. Kebetulan, uzur pulak. Nasib adik perempuan pun uzur. Hehehe! Ade teman.

Orang balik sembahyang raya, tengok kat dapur dah siap pulut, nasi impit, rendang semua. Tah bila lahh mak Nora masak. Kesian, tak dapat nak tolong. Maaf mak. Tahun ni tak dapat nak tengok orang sembelih lembu. Lagi pulak jauh. Sape pulak nak jaga putera puteri ni. En suami tak ikut. huuuuu! Jadi nya duduk umah tengok tv jeee. Orang pun tak datang raya. Soooo boring. Ni salah satu sebab kenapa Nora tak suka balik sini (ooopppps) !

Takde apa yang menarik pun raya haji tahun ni. Sampai sini dulu yerrr.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen