Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: 2015

Wednesday 11 November 2015

Majlis Harijadi Dhiya Arissa yang Pertama

Assalamualaikum.

Dah lebih sebulan majlis harijadi Dhiya Arissa berlangsung tapi baru sekarang Ummi Arissa ni berkesempatan nak buat coretan. Sejak dah tukar kerjaya kepada Accountant ni, busy mengalahkan PM. huhuhuhu !

Okayyy, straight to the point. Takyah nak merepek merapu sangat lahh. Kihkihkih ! Alhamdulillah, majlis berjalan lancar and and and tak sangka la pulak makanan tak cukup. Itupun belah petang sedara mara yang datang. Jadinyaaaa, Tokma Arissa laa yang susah payah masakkan untuk diorang. Hihihi !

Budget ciput, jadinyaaa buat simple je laa. Simple pun banyak jugak peghabis duit.  Semua pun dah mahal sekarang. Nasib laaa duit Br1m dapat 4hari sebelum majlis. Dapat gak top up mana yang tak cukup. Huhuhu !

Malas dah nak celoteh panjang panjang. Tengok gambar jelahh. Gambar pun tak banyak sebab nyaaa busy layan tetamu. Tak sempat nak posing sana posing sini.
Bab design & printinggg semua, semua Nora yang buat. Tapii, bab hias hias atas board nie, tak pandai la makkkk nak. Semua TokAyah Arissa yang buat. I cuma cakap okayyy or tak je. Huihuihui ! Takdak seni orang kataa.
Yang ni pulakkk doorgift untuk para tetamu. Untuk budak-budak, kami bagi coklat yang no 8 tu jaaa. Alaaa, Lupa lahh pulak nak tangkap gambaqq. Huhu ! Design sticker dekat bekas doorgift tu, Paklang Arissa yang design. Soo, charge design free jelah yer. Kihkihkih !
Haaa, ni pulak cawan kertas yang ditampal dengan gambaqq Hello Kitty. Dah kata pun budget kan. Susah payah Nora tampal malam sebelum kenduri tauu.
Apam HK dengan Kek HK ni pulakkk dari honeyzdelight okayyyy. Cantikkk kan ? Meletop kann ? Semua puji sedapp hokeyyy. Apalagi, pg laa visit ig honeyzdelight ni. Harga pun berpatutan. Cumanyaaa, nama Arissa je tertinggal satu huruf. Tapi takpalahh. Cheq maafkan naaa.
Haaaa, ni pulakkk. Mestilah gambar keluarga bahagia. Ceria je birthday girl sepanjang majlis. Alhamdulillah.

 kepada yang datang memeriahkan majlis. Yang membantu dari pagi sampai habis. Dan terima kasih jugak pada sapa sapa yang ade bagi Arissa duit dan .

Mohon maaf dari kami sekeluarga sekiranya ada terkurang atau tak terlayan sepanjang majlis berlangsung. Harap tak disimpan didalam hati.

Sampai disini dulu coretan untuk kali ini. Kalau Nora ada kelapangan, akan ade laa coretan baru. Huhuhu ! Ohh, apa-apa pun. Tolong doakan Nora selamat delivered adik Arissa yang bakal melihat dunia lagi dua tiga hari. Diharap semua nya selamat dan berjalan lancar. Aminnnn.


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 23 September 2015

Dhiya Arissa Turn ONE

[22/09/2014 - 22/10/2015]

Telah lahirnya seorang puteri pada 22/09/2014 yang menjadi pengikat kasih sayang Ummi & Abi. Alhamdulillah, Princess Ummi membesar dengan sihat.

SELAMAT HARI JADI YANG PERTAMA DHIYA ARISSA BINTI SHAHRIZAL . Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada Allah, Ummi & Abi, bijak dan berguna pada Agama. Ummi & Abi sayang Arissa dunia akhirat. little princess.

Now Ummi & Abi Arissa ni busy buat preparation kenduri doa selamat & majlis harijadi Arissa sabtu ni. Fuhh Fuhh ! Nasib dapat Br1m awal. boleh cover cover sikit. hehehe !
Sape-sape yang berkelapangan, jemputlahh datang rumah 26/09/2015 pada jam 1400 - 1900 yer. Alamat seperti tertera di dalam card. Kehadiran anda semua amat amat dialu-alukan. tapiiii, kene bawak hadiah besau besau tau? kihkih !
Okayyyy, Sampai sini jeee. Nanti lepas majlis I hupdate lagi okayyy.


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 28 August 2015

26 Tahun ?

Alhamdulillah, Ahad lepas iaitu pada 23 Ogos 2015 telah naik lagi satu angka umur Nora menjadikan umur Nora sekarang 26tahun. Tapi perangai masih lagi kebudak-budakkan walaupun dah bergelar UMMI.

Syukur kehadrat Ilahi, Allah SWT masih memberi peluang untuk Nora bernafas sehingga hari ini (banyak sangat dosa yang nak kene taubat). KIHKIH ! Terima kasih tak terhingga juga buat ibunda & ayahda tersayang kerana telah lahirkan Nora kedunia sehingga Nora menjadi seperti Nora yang sekarang. Alhamdulillah. Kepada Saudara mara, kaum kerabat dan sahabat handai, atas doa dan ucapan yang telah diberikan. Ampun dan maaf jika ada post di facebook mahupun whatsapp yang tidak terbalas atau terlepas pandang. Semoga ukhwah yang terjalin sehingga ke akhir hayat, In Shaa Allah.


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 26 August 2015

Wordless Wednesday #11 | Hak Orang


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 14 August 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Allah masih berikan Nora kesihatan yang baik sehingga hari ini. Pejam celik pejam celik, dah almost 1month Nora tak hapdate blog. Last update pun masa puasa. Now dah raya yang ke-28. Agak-agak sempat lagi tak nak bagi ucapan raya? Sempat kan ? #rayakansebulan kihkihkih !

Di kesempatan ini, Nora menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ade tersilap kata, terkasar bahasa or apa apa sahaja yang boleh buat anda semua berkecil hati kepada semua kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai, musuh (ehh??) and sapa-sapa yang mengenali Nora ini.
Raya tahun ni ade sikit kekurangan sebab Nora tak dapat balik kampung Nora. Dahla mengidam durian Batu Kurau.  Nak buat macamana, xde rezeki Arissa nak collect duit raya dekat Taiping. Orang kata, malang tak berbau. Kita hanya mampu merancang. Nak buat macamana, husband masuk hospital hari yang nak balik kampung Nora tue. On the spot terus call ayah cakap tak dapat balik. :'( And esoknya, dengan bantuan family husband, mereka transfer husband Nora pg Hospital Batu Pahat. Transfer KL pun, takde sape boleh tolong Nora nanti. Mak ayah Nora still dekat Batu Kurau. Okayyy, Nora malas nak cerita kenapa husband masuk hospital. Huuuu !

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang telah mendoakan husband Nora. Alhamdulillah, dia dah boleh berlari-lari dah. Hehehe !

Lastly, sekali lagi Nora nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri Maaf Zahir & Batin. 0 - 0 yer semua.
Okayyyy, baiii ! mmuaahhh.

Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 15 July 2015

Ramadhan Terakhir 2015

Assalamualaikum.

Rasanya 8hari sebelum puasa kali terakhir Nora update blog and now, tinggal sehari je lagi Ramadhan 2015 akan berlalu meninggalkan kita.

Well, bulan Ramadhan kali nie banyak dugaan and benda baru yang Nora buat dalam mencari duit lebih untuk anak tersayang. Raya pertama Dhiya Arissa katakan.

Persiapan raya? Hmmm, semuanya sederhana je. Al-maklumlaa, GST baru 3 bulan bermula and sekarang, dah dekat-dekat nak raya, boleh pulak minyak naik lagi.

Apa-apa pun, Nora nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Moga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat. In Shaa Allah.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 11 June 2015

Resepi Agar-Agar Milo

Hi semua. Bertemu lagi after ber "week-week" last update. HAHAHA ! Harini Nora nak share resepi agar-agar milo. Request dari seorang kawan tempat kerja lama yang tengah sarat mengandung. Sebab dia dah try buat lepas nampak Nora upload gambar agar-agar milo, tak jadi, terpaksa lah jugak buat entry ni. Kalau tak memang malas. Nanti kempunan pulak anak dia dalam perut tue.

Jooom-jom ushaaa resepi.

Bahan-bahan;
1paket agar-agar serbuk (clear)
500ml air panas
500ml air kosong
2sb gula pasir
7sb milo
1 cawan susu pekat

Cara-caranya;
Masukkan air panas, susu pekat dan milo. Kacau sebati.

Masukkan air kosong kedalam periuk bersesuaian dan dicampur dengan agar-agar dan gula atad api sederhana. Kacau sampai gula larut.

Kemudian, campurkan bancuhan milo sebentar tadi kedalam periuk. Kacau sehingga mendidih. Tutup api.

Akhir sekali, masukkan kedalam bekas acuan agar agar kegemaran anda. Biarka sejuk seketika sebelum simpan didalam peti ais.


Senang kan ? Selamat mencubaa.

Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 27 May 2015

Mengidam Makan dekat Grand Dorsett Hotel ? #2ndbaby

Assalamualaikum.

Orang kata, ibu mengandung nie tak boleh tak tunaikan hajat kalau bab makan. Nanti air liur anak meleleh lah apelahh. Mitos ke true story ? Hangpa pikiaq lah sebdiri naa. Disebabkan Nora ni susah sangat nak ade keinginan untuk makan itu ini macam ibu ibu hamil yang lain, tetiba je tekak ni teringin sangat nak makan dekat Grand Dorsett Hotel, Subang. HAHAHA!

Alaaa, tak kopak pun husband Nora kalau bawak Nora makan kat situ sbb Makcik Nora keje dekat Cafe hotel tu. Tiap kali dia dapat voucher je, Nora, Suami and mak lahh orang pertama yang makcik ajak. hehehe !

So dengan izin Tuhan, makcik Nora pun set date 9/5/2015 untuk kitorang pg makan kat sana. Sayangnya makcik Nora ni dekat anak buah dia nie.


Masa belek belek gambar, terjumpa gambar makanan pebret dekat hotel tue. Tue yang tetiba gatai nak makan sana. Baby yang nak makan ke Ummi dia ? hehehe. Sedappp okayy salad ni. Tapi malang masa datang, salad ni takde. Takpe, nanti ramadhan repeat makan kat sini lagi. ngehe ngeh ! Okayyy, joom usha gambar
Cukuplaaa tu. Kang upload banyak banyak, bukan air liur korang je meleleh. Dengan Nora sekali terjebak. Apapun, very recomended untuk korang datang sini. service tiptop !

Kbaiii. Nanti seminggu, sebulan, setahun I hapdate lagi yer ? Muuuahhh !


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 4 May 2015

Nora Kene Chicken Pox ?

Assalamualaikum.

Dari sehari nak update tapii sifat 'M' yang semakin berleluasa dalam diri dah berjaya mempengaruhi otak. HAHAHA!

Hmm, umur Nora dah nak masuk 26 tahun pada 23 Ogos nanti tapii baru harini Nora terkena chicken pox. Malangnyaa, Nora tak mengenali sifat sifat chicken pox. Nora pun tak berapa pasti bila waktu sebenar Nora terkena chicken pox.

Bila dah confirm memang kene chicken pox, Nora dapat MC seminggu. Yeayy! Cumanya, chicken pox nie bahaya untuk ibu ibu yang mengandung. Lagi lagi awal kehamilan macam Nora.
Lepas je dapat tahu, kene chicken pox, Nora terus google dan google pantang larang semasa terkena chicken pox.

1st - jangan mandi menggunakan sabun. Sabun ade asid. (Setiap hari mandi kambing. Nak buat camne kan. Tapii, tak pakai sabun nie yang membuatkan chicken pox ni cepat kering.)

2nd - Minum air kelapa muda. Bagi proses mempercepatkan chicken pox keluar. (Mak Nora tak kasi minum sebab pregnant. Boleh mengakibatkan keguguran. Tapi Nora kan kepala batu. Suruh jugak en Suami beli. But, alhamdulillah. Lepas minum air kelapa muda, chicken pox tumbuh dengan banyak sangat dekat badan tapi tak tumbuh yang berair air tue. So lagi cepat kering.)

3rd - jangan menggoreng dalam rumah sbb boleh menyebabkan si pesakit bertambah gatal. (Husband Nora goreng je walaupun Nora larang. And seriusly, Nora tak rasa gatal pun. Teori ni tak boleh di guna pakai lagii.

4th - No more kicap. Akan membuatkan parut hitam (Okayyyy, pantang nie amat amat susah Nora nak praktikkan. Almaklumla, hidup matiku dengan kicap. HAHAHA! So, hari hari makan nasi dengan sup.)

5th - Mandi guna daun semambu / blend and tepek tepek dekat chicken pox. (Nora kan mempunyai sifat M, jadinyaaa Nora buat mandi je. Malas laa nak blend bagai. Haishhh !)

6th - JANGAN JANGAN DAN JANGAN TERKENA HUJAN. Boleh buat parut jadi kekal. (Nora taktahu kesahihannya. Tapii, sepanjang terkena chicken pox Nora mmg tak keluar rumah langsung kecuali sidai kain. Kalau hujan, Nora biar je kain tu basah. Heee !)

7th - Jangan makan telur. Nanti akan menyebabkan nanah.

Itu je informasi yang Nora dapat dari reseach Nora. Tapii, lepas chicken pox dah kering, keinginan nak makan kicap tu membuak buak. Jadinya, Nora search pakcik google tentang kesahihan kicap boleh mengakibatkan parut hitam. Majoriti memang semua cakap benda yang sama sampai lahh Nora terjumpa satu website tentang kesahihan kicap boleh jadi parut hitam tue.
Tqqq kak Yanmie sebab sudi share pasal kicap ni. Hehehe ! Tiada lagi keraguan pasal kicap lepasni. :)

Okayyyy, itu sahaja. Byeeee !


Coretan,
Nora


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 11 April 2015

Arissa Dijangkiti Virus Batuk & Kahak Lagi ?

Assalamualaikum.

Okayyyy, ini kali ke3 Arissa diserang penyakit batuk dan kahak sejak 7bulan dilahirkan. Masa pertama kali kene masa dalam pantang. Mak dengan ayah cakap, dia kene batuk sebab halakan kipas straight kat muka dia. Betul ke ? Hmmmm. Makanyaaaa, Nora pun bawaklahh Arissa pg Klinik Pakar Kanak-Kanak dekat Mentari Business Park. Tak ingat lahh nama klinik nya Mohan or Mogan macamtu lahh. Ramai yang cakap tempat tue bagus lah dan bla bla bla. Dengan ihsan ayah kepada anak yang mak Nora jaga, dia bawak Nora dengan Arissa pergi klinik tue disebabkan husband tak dapat cuti dan kebetulan dia memang nak buat NEB untuk anak sulung dia yang masa tue berumur 6tahun tapi sayang sangat hingus tue. Taknak keluarkan. Haaaa Nora rasa anak Nora dijangkiti virus time tue sebab anak-anak asuhan yang mak Nora jaga tak sihat tapi asyik duk cium anak Nora. (still taknak admit pasal kipas. Hahahaha !)

Sampai dekat sana, ikutkan hati nak suruh doktor tue sedut je terus kahak yang ade tapi doktor cakap NO ! Sebab Arissa kecik lagi. Boleh buat NEB je. So akur. Dalam 3 4 hari kemudian, Nora dah diishtiharkan bebas dari hidup didalam penjara (pantang). Makanya, balik kerumah sendiri pada hari ke 45 tapi Arissa masih lagi dalam keadaan yang sama. Selang beberapa hari, keadaan Arissa amat amat kritikal sampai bila minum susu, dia batuk and terus muntah dengan banyak. Ummi nya baru pertama kali ade baby. Dengan gelabahnya, terus call Abi Arissa time tue jugak sebab nak hantar puteri sulung kesayangan pergi hospital.

Decide pg PPUM sebab Klinik sebelum nie tak mendatangkan hasil. Tapi u guess what ? Sumpah rasa macam nak sepak sepak je doktor dengan nurse nurse dekat situ. Dorang check paru-paru Arissa takde jangkitan kuman. So kalau jumpa doktor pun macam takde function. Katanyaaa. Ehh ? Habis nak tunggu anak aku kene jangkitan kuman baru nak check ke ? Lepastu, terus banned PPUM sampai sekarang. Then terus menghala ke Hospital Assunta.
Nie keadaan Arissa masa otw pergi hospital. Secara jujurnya, Arissa adalah seorang bayi yang tidak boleh hidup tanpa buaian pada ketika ini dan amat amat sukar untuk menidurkan dia tanpa buaian. Tapi masa nie, dari start bergerak dari rumah sampai balik rumah, Arissa tak bangun bangun. Ummi mana yang akan percaya yang anak dia takde apa-apa kalau macamni. Am I right ?

Sampai je dekat Assunta, buat macam process biasa dekat hospital hospital lain. Daftar. Timbang berat. Nurse soal selidik sikit dan tunggu turn untuk jumpa Dr. Doc dekat Assunta pun masih suggest kan NEB dan sebagai ibubapa yang mahu anak mereka sihat, hanya akur kerana doktor lebih mengetahui.
See, kene NEB pun masih lena tido. 


Kali ke2 pun masih lagi pergi Assunta dan process yang sama seperti diatas telah diaplikasikan. Cumanyaaaa, Arissa dah besar dan rasa rimas sampai menangis nangis bila kene NEB.

Okayyyy, kali ke3 ni tidak lagii pergi Assunta. Bukan sebab Assunta tak bagus tapii Arissa takde kesan bila kene NEB. So Nora pun search google klinik-klinik yang sanggup sedut kahak bayi bawah 1tahun. Semua blog pun bercerita tentang Dr Nadir Khan dekat Wangsa Maju. Dari satu blog ke satu blog yang lain, semua pun bagi review positif. Nora pun dengan excited nya terus ajak en suami pergi sana pada esok hari (3/4/2015) walaupun taktahu jalan. Kalau boleh pg masa tue jugak, Nora dah ajak pg sbb bila Malam, keadaan Arissa amat amat menyedihkan. Rasa nak nangis je bila dengar dia batuk time tido.

Jam menunjukkan pukul 5AM pada 3/4/2015 tapi Nora masih lagi tidak dapat tidur sebab asyik terdengar batuk Arissa. Dan Nora masih lagi membaca review review tentang Dr Nadir. Dan tiba-tiba, Nora terbaca 1 blog tentang bad experience patient di Klinik Dr Nadir. Sila baca di sini. Anda takkan dapat jumpa langsung bad review tentang Klinik Dr Nadir melainkan blog Along Journey dan ini membuatkan Nora rasa terus tak rasa macam nak pergi sana. On the spot, Nora tiba tiba teringat Makcik Nora yang bawak anak dia pg sedut kahak baru baru nie dekat klinik area PJ. (kenapa tak teringat awal-awal lagi?) Terus whatsapp beliau nama klinik and alhamdulillah tempat tue teramat amat dekat dengan rumah Nora kalau nak dibandingkan nak kene pg Wangsa Maju dalam keadaan jammed.

Lepas balik keje pada 3/4/2015, terus ambik Arissa dekat rumah babysitter and bawak terus pg KLINIK FATIMAH, TAMAN MEDAN. Nie lahh Klinik yang Nora pg masa nak sunat Arissa dulu. Klinik nie memang agak Islamic sikit. Doktor pun perempuan. Pakai tudung labuh lagi. Staff pun friendly, Alhamdulillah.
Sementara tunggu turn, Abi Arissa melayankan Arissa naik buaian.

Bila nama Arissa dipanggil, seperti biasalah. Doktor akan tanya dulu serba sedikit tentang Arissa dan masalah yang dihadapi. Dan Nora terus bagitahu treatment yang pernah Arissa buat sebelum nie (NEB). Nora tak berapa sure sapa nama doktor yang rawat Arissa tue tapi dia lah doktor yang sama sunatkan Arissa. Doktor tue cakap, NEB sebenarnya tak berapa bagus sebabnya NEB tue hanya mencairkan kahak. Kene tunggu dia keluar dari najis lahh apa lahh. Bila nak sihat. Kan ? Nora pun iyaaa kan ajaaa.

Lepas sesi perkenalan siap, doktor terus suruh letak Arissa atas katil dan terus bedung dia pakai selimut. Nora ditugaskan untuk pegang badan Arissa dan hubby pulak pegang kepala. Doktor buat ape ? Doktor guna alat dia untuk sedut kahak laaa. Hihihi ! Process sedut kahak nie sebenarnya nampak macam agak menyakitkan sebab Arissa seriusly menangis macam orang kene dera. Sampai husband tanya, "sakit ke?" Doktor terus tunjuk tiub yang dia guna. Memang lembut sangat sangat. Doktor cakap dia meronta sebab kene pegang. Bukan sebab sakit. Doktor sedut dekat dua dua hidung dan tekak and and and Nora ternampak hidung sebelah kiri Arissa berdarah sikit tapi Nora tak terkejut pun sbb masa buat research, memang ramai cakap kalau baby ade risiko berdarah sikit. Yang penting Arissa sihat, enuff lahh kan ?

Masa proses sedang dijalankan, doktor siap tunjuk kahak kahak yang keluar dari hidung and tekak Arissa. Kalau biar lama lama dalam tue, boleh jadi macam macam penyakit. Doktor memang dengan sengaja geli geli kan tekak Arissa supaya dia muntah and masa tue haaaaa hambekkk banyak gila kahak dia keluar. Takde pulak gambar nak tunjuk. Yelahh, dah pegang Arissa, nak tangkap camne kan. Tapi memang puas hati. Arissa lepas sedut kahak, terus lena lepas minum susu. Al maklumlaaa, 2 3 hari tak cukup tido and kurang minum sebab batuk. Kesian anak Ummi. :'(
And Nora terus decide bukak buku pregnancy time tue jugak. Dah taknak pg klinik kerajaan lagi. Masa banyak terbuang tapii still kene pg jugak one day untuk buat buku merah. Walaupun niat dekat hati nak bersalin dekat swasta dis time, kene jugak standby. Mane tahu tiba tiba duit jadi penghalang kan ? Hihihi.

Bagi sesape yang nak pergi Klinik Fatimah nie, sila rujuk alamat dibawah yer ?
Okayyyy, sampai sini dulu. Nora rasa ni entry terpanjang Nora buat masa nie. Hahaha! Jumpa lagi nanti. 


Coretan;
Nora





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 8 April 2015

Wordless Wednesday #10


Coretan;
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 30 March 2015

Resepi Carrot Goreng Tepung

Assalamualaikum.

Hujung minggu Ahad adalah masa untuk mencuba macam-macam resepi. Selongkar punya selongkar peti ais tue, terjumpalahh carrot yang lama menumpang. Makanya, teringat satu resepi yang pernah terbaca dulu. Tak ingat lahh pulak dari blog sape. Maaf yer kepada empunya blog. Tak dapat nak link. Haaaa, meh-meh nak share resepinya.

Bahan-bahan :
Carrot
3sb tepung gandum
3sb tepung jagung
2sb tepung beras

Cara-cara:
Potong carrot kepada 3 bahagian dan hiris kasar seperti gambar diatas. (Ikut suka lah berapa banyak batang carrot korang nk guna.)
campurkan kesemua tepung diatas dan bancuh tepung tersebut seperti membuat bancuhan pisang goreng. 
Perap selama 10-15minit. Kemudian, celupkan carrot carrot yang telah dipotong.
Goreng carrot yang telah dicelup sehingga betul-betul garing.
SIAP ! Boleh lahh makan sambil tengok running man. Hehehe !

Senang kan ? Buat untuk makan petang pun sedap. :) SELAMAT MENCUBA.


Coretan,
Nora



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen