Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: 2014

Tuesday 18 November 2014

Selamat Harijadi Emak, 51


 Siti Fatimah Binti Samsuddin
18 November 1963
Mom for two daughter & son

I adore you mom. Tq for raising me with your love. No one can replace you. I may not have always said it but you are the most beloved. Love you soooo much !


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 16 November 2014

Lepas Seksa Berpantang 44hari

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 5/11 yang lalu Nora dah habis tempoh berpantang. Dah 11hari, baru nak update blog. Dari sehari ke sehari, kemalasan semakin bertingkat tingkat. Huuu ! Tempoh berpantang selama 44hari bermula 22/9/2014 - 4/11/2014 amatlah MENYEKSAKAN.

Kenapa menyeksakan? Semua pun tak boleh buat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Lagi lagi kene menahan nafsu makan. Phewwww ! Nie lagii seksa. Ayah hari hari pun buat air buah tapi siap warning JANGAN CURI CURI MINUM. Betul betul tergugat. Mak pulak asyik cakap, "JANGAN!!! BOLEH BAWAK MAUT". Langgar pantang boleh mati ke? Haishhh !

Nora lepas bersalin je dah terus segar. Tak macam orang sakit, Alhamdulillah! Balik hospital hari yang sama bersalin and terus naik tangga rumah mak ke tingkat 4. Heaven kan? Semua pun tak percaya. HAHAHA! Apa boleh buat, Desa Mentari memang ada masalah lift.

Nora memang terlampau aktif waktu berpantang tapii kejap kejap kene marah dengan mak. Last last, tidoooo jeee. Huhuhu!

Alhamdulillah, Nora tak meroyan ke apa ke time berpantang walaupun terasa banyak dengan incik suami. Hihihihi. And yang penting anak Nora tak kene penyakit kuning. :)


Nie lahh Dhiya Arissa binti Shahrizal. Umur 46hari ketika gambar diambil. Bukan senang tau nak tengok si cilik ni tidur dekat pangkuan dalam kereta. Otak si cilik nie ingai buaiii je. Time tak sihat je dapat merasa dia tido macamni tau.

Ada rupa Nora tak? Takde kan ? Baka husband kuat sangat. Hmmmm! Tapii mak kata bagus anak perempuan ikut husband. Baru sejuk. Hehehe.

Budak kecik ni kuat nangis. Ikut mak dia time kecik. Nak tido pun kene nangis lama lama dulu. Kalau masuk buai, nanges dalam 15 - 30min baru tidur tp kalau dalam kereta or atas tilam, mau 3 4 jam nanges tak henti henti. Bila penat baru tertido sendiri. Ummi nya yang penat pujuk sampai menangis sekali.

Semoga Dhiya Arissa jadi anak yang soleh, taat pada Ummi & Abi. Yang paling penting, taat pada Allah swt.

Coretan;
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 13 November 2014

Wordless Wednesday #8


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 25 October 2014

Cinta Hakiki

Ya Allah,
Kurniakanlah ketenangan dunia akhirat.

Hindarkan kami api neraka,
Limpahkan kami nur hidayahmu.

Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah kekal selamanya,
Itulah cinta, cinta yang hakiki.



Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 30 September 2014

Dhiya Arissa 7 Hari


Alhamdulillah, pada hari ahad lepas (28/09/2014) Dhiya Arissa telah berusia 7 hari. Rambut Dhiya Arissa telah dicukur sepenuhnya oleh atuk tersayang. 


Abi tak berani nak cukur rambut Arissa. Almaklumlah, ayah muda. hihi ! Lagipun Dhiya Arissa kecik sangat. 

Apa-apa pun, cepat besar yer sayang. Ummi & Abi sayang Arissa.



Coretan;
Nora



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kelahiran Puteri Sulung

Assalamualaikum.

Setiap pasangan suami isteri pasti menanti kan kehadiran cahaya mata. Begitu juga dengan Nora dan suami. Walaupun kehadiran permata hati agak lambat, tapi alhamdulillah Allah maha mendengar setiap rintihan hamba-hambanya. 

Syukur ke hadrat Ilahi, lahirnya seorang puteri yang comel dengan berat 2.51kg pada 22/09/2014@4.29am dengan kelahiran normal. Akan kami jaga amanah ini dan didik beliau ke jalan yang engkau redhai. In Shaa Allah.


Nama diberi Dhiya Arissa Binti Shahrizal, yang membawa maksud "CAHAYA KEKUATAN/KEAZAMAN". Semoga anak Ummi dan Abi jadi anak yang soleh. Aminnnn !

Terima kasih kepada semua yang mendoakan dari mula kehamilan Nora sehinggalah saat saat akhir kelahiran Dhiya Arissa.


p/s : malas nak cerita pengalaman bersalin. kalau boleh taknak ingat and taknak rasa bersalin lagi. tapiii, orang kata baru baru je cakap taknak. iyer ke? tengok dan lihat jelahh nanti. hehe!


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 17 September 2014

Wordless Wednesday #7


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 6 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Alhamdulillah, dah sepuluh hari ramadhan pergi meninggalkan kita dan sepuluh hari jugak lahh kita telah berhari raya. Semoga kita dapat bertemu dengan ramadhan akan datang. Harapan agar segala kebaikan dan perubahan yang dilakukan dalam bulan ramadhan akan berterusan. In Shaa Allah.

Pejam celik pejam celik, dah 2x raya dengan status isteri. Syukur! Tahun lepas raya berdua. Tahun nie masih berdua tapi alhamdulillah telah ada orang ketiga dalam tummy. Tinggal tunggu keluar jeee. :) Tahun nie Nora puasa penuh tau? Alhamdulillah, baby tak buat hal. Ade sesape nak bg duit raya tak? Hehehe!

Tahun nie turn Nora beraya dengan sanak saudara. Ke Taiping, Perak lahh kita. Kg belah ayah. Kg belah mak je tak dapat nak pergi sebab kekangan masa dan perjalanan tak sehala. Dari Taiping terus ke Johor pulak. Bila nya nak pergi Sabak Bernam. Walaupun dekat selangor, tapii dah sempadan Perak. Fuhhhh ! Mak cakap Nora berat sebelah. Bukan berat sebelah tapiii nak buat macamana. Cuti seminggu je. Bukan sebulan. Sejak arwah opah dah takde, suasana raya dah takde. Atukk pulakk selalu datang KL. So, perasaan bersalah tue kurang sikit. Boleh tak cenggitu? Hahaha!

Okayyyy, now biar gambar pulakk bercerita. Kebahagiaan ketika berada di Kampung sendiri. :DD
 

Raya pertama je berselfie selfie. Pastu malassss. Heeee ! Apa apa pun, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Nora mintak maaf kalau ade terkasar bahasa sampai menyakitkan hati yer? Halalkan kalau ada yang terambil or terkurang dalam apa apa hal. Jangan simpan dalam hati tau? :)


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 23 July 2014

Wordless Wednesday #6


Tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima. Selamat Hari Raya Aidilfitri in Advance. :)


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 7 July 2014

Resepi Ayam Buttermilk

Hye uoll !

Baru 3 hari lepas Nora post gambar ayam buttermilk, ramai pulak yang request resepi. Siap ada yang print screen bagi kat kengkawan lagii. Terasa bangga pulak sekejap. ekekeke! Padahal diri sendiri pun google je. Nak link, tak ingak lahh pulak blog sape. Maaf yer kakak kakak adik adik !

okayyy, nie hah resepi nya. Nora pun malas nak menaip. Soooo, print screen jugak lahh yer?

*click image untuk tumbesaran*



Coretan,
Nora


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 6 July 2014

Rutin Ramadhan 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, harini sudah puasa yang ke8. Syukur kehadrat Allah swt kerana masih memberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun nie.

Tahun nie puasa kedua bersama suami tapii dalam keadaan preggy. Syukur lagi sekali. Alhamdulillah, masih mampu untuk puasa. Harap harap puasa penuh tahun nie. In Shaa Allah.

Dalam 8 hari puasa, baru 2x je Nora masak untuk berbuka. Almaklumlahh, dari start puasa Nora dan suami dah kene tolong ayah dekat bazaar ramadhan. Balik keje, terus rushing pg. Ayah kata tahun nie adik adik semua dah keje. Dia dah takde assistant. Dapatlahh kitorang cari duit untuk raya. Hehehe! Hari hari pun buka rumah mak. Dalam seminggu, 2x je tak tolong ayah sbb adik cuti. Time tue jelahh boleh masak.

Nie antara kuih muih yang ayah Nora jual
Alhamdulillah, tiap tiap hari pun kuih habis awal. Tak macam tahun tahun sebelum. Hari hari pun buka dekat baazar.

Kat bawah nie pulakk gambar lauk pauk yang Nora masak untuk berbuka. Nie je yang sempat. Lgpun Nora bukan reti masak sangat. Tapii nasib baikk lah en husband tak cerewet and makan je. Senang ! Ngehngeh.
Puasa ke5 : Ayam masak kicap, ikan keli bakar & telur bistik.
Puasa ke6 : Menu utama - Ayam buttermilk. This is my 1st try. Alhamdulillah, dapat pujian mak. Hehehe !

Ramai jugakk yang tanya Nora resepi. Nora pun google jee. Huuuu! In Shaa Allah, kalau ada masa Nora buat entry resepi nie yer? :D

Sampaii sini dulu. Daaaaaa~

Coretan;
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 2 July 2014

Wordless Wednesday #5


Coretan;
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 28 June 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Malam nie dah start terawikh pertama untuk ramadhan 2014. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa tahun nie dengan keadaan preggy. :D Pengalaman pertama. In Shaa Allah akan cuba sedaya upaya untuk puasa penuh.

Dikesempatan ini, Nora ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Puasa nie wajib. Dont miss it jika tidak uzur. Okay ?

Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 18 June 2014

Wordless Wednesday #4



*27 weeks*


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 6 June 2014

Perkahwinan Ibarat Satu Pelayaran

Perkahwinan diibaratkan satu pelayaran sebuah kapal.
Nakhoda (suami) harus sentiasa bijak mengawal akal dalam melayari ombak.
Anak kapal(isteri) harus sentiasa tenang dalam mengawal suasana dan menceriakan pelayaran.
Tanpa nakhoda, kapal akan hilang arah.
Dan tanpa anak kapal, pelayaran akan sepi.
Nakhoda dan anak kapal harus sentiasa bersama untuk sampai ke destinasi yang lebih banyak rintangan tapi penuh kebahagiaan.
In Shaa Allah.


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 5 June 2014

Set Kehamilan dan Berpantang Salindah

Assalamualaikum w.h.b

Setelah 6 bulan mengandung, baru hari ini berpeluang nak bercerita tentang kandungan. Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT kabulkan doa kami suami isteri untuk menimang cahaya mata walaupun boleh dikatakan tak bunting pelamin. Tapi bersyukur sangat bila Allah berikan rezeki yang tak terhingga ni. Penantian selama 10 bulan, sangat sangat perit. Apatah lagii orang yang dah bertahun tahun menunggu. Dah paham apa yang mereka akan rasa bila ada yang bertanya, "dah ada isi ke?" SAKIT dan tersangat SAKIT. Semua tue rezeki dari Allah. kita hanya mampu merancang. Allah sebaik baik penentu nya.

Back to the title, actually Nora just nak share produk yang Nora gunakan sewaktu Nora dapat tahu Nora mengandung. Memang makcik makcik Nora pakai produk nie. Anak anak diorang, WOW ! Gebu, comel, bijak, pandai and macam-macam lagii lahh. Tapii apa apa pun, itu semua dari Allah. Bukan kerana produk yang kita gunakan. Ingat tu !


Haaaaaaa ! Produk atas nie lahh yang Nora gunakan. Produk keluaran EraEdar. Set lengkap Salindah ketika Hamil dan sewaktu berpantang. Nak dijadikan cerita, mak Nora belikan produk nie untuk makcik Nora yang kebetulan hamil 2 bulan. Tapii apakan daya, husband dia tak kasi makan. Ehh? Pelik betul. Berkat Nora yang bersusah payah pergi beli, melekat pulakk. Tue yang dapat dekat Nora tue. hehehehe! Harga set nie dalam RM375 maybe. Tahlahh. Sebab Nora pakai kad ahli. Confirm confirm lahh murahgila gila sampai Nira pyn jadi gilaaa. hehehe! Time Nora beli nie, ada tinggal 2 kotak je. Kakak yang jual tue cakap, nie set terakhir. Lepas nie dah takde set lagii tapii kene beli satu satu. Rugii okay macamtu. nasib sempat beli.

Mungkin sekarang nie orang mengamalkan Shaklee. Barang tengah sekarang. Tapii tue lahh. Harga dia mak aiii ! Set mengandung lain. Berpantang lain. Tapii kalau berbaloi dan mampu apa salahnya kan?

Nie lahh set Salindah yang Nora ada sekarang. Tapi baru makan B1 dengan B2 jeee. Alhamdulillah, Nora takde sikit pun alahan ataupun morning sickness. Bersyukur sangat. takdelahh banyak MC yang membazir. hehehe! Dalam set nie, EraEdar ada bagi 1 buku panduan untuk ibu mengandung. Bagus tau. Siap ada cara cara nak bersenam lagii. hehehe!

Sampai sini je Nora nak cerita pasal produk yang Nora gunakan. Tiada set tambahan. al maklumlahh, budget tidak mencukupi. Hehehe ! Sampai jumpa lagii.




Coretan;
Nora


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 1 June 2014

Pre-Loved Item #2 | Sold

Pre-loved item #2

Baju Kurung Moden (kain kipas belakang) + Veil (tak include tudung)
Fit size XS to S.
Baru digunakan 1x sahaja.
RM75. Free postage. (Nego)

Abaikan muka muka model tue yer? Focus on baju sahaja. Hehe! :D (I saiz M okay. Baju tue fit fit betul betul dengan badan I. Tapi baju nie mmg saiz S. Diulangi, SAIZ S.)

Berminat? Boleh pm, whatsapp, msg or call direct. 011-23773381 (Nora)


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Hijab Emma by Emma Maembong

Assalamualaikum. :D

Salam Subuh semua. Tetiba rajin nak buat entry subuh subuh nie. Dah alang alang tak boleh nak tido balik, baik merepek repek dekat ini blog kan? Hehe !

Tadi masa tengah scroll scroll timeline facebook, terjumpa pulak banner bawah nie hah. Sape sape yang suka menggayakan fesyen berhijab tue, bolehh lahh join. Mane tahu rezeki kan? Nora taknak lahh masuk sebab nanti takut banyak sangat panggilan jadi model tudung. Hahahaha ! Okay perasan.


Itu saja buat masa nie. Nanti kalau Nora free, akan merepek merapu lagii dekat sini.

P/s : Semalam Nora shopping barang baby. Hahaha ! Saje je bagitahu. ;p

Kbaiiii ! :)

Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 24 May 2014

Pre-Loved Item #1 | Sold



Saiz 10. Baru digunakan 2x sahaja.
RM35. Free postage. 
Sesuai digunakan untuk majlis formal seperti majlis keramaian, wedding, diner dll.

Sold

Berminat? Boleh pm, whatsapp, msg or call direct. 011-23773381 (Nora)

Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 21 May 2014

Wordless Wednesday #3


Coretan;
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen