Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: May 2015

Wednesday 27 May 2015

Mengidam Makan dekat Grand Dorsett Hotel ? #2ndbaby

Assalamualaikum.

Orang kata, ibu mengandung nie tak boleh tak tunaikan hajat kalau bab makan. Nanti air liur anak meleleh lah apelahh. Mitos ke true story ? Hangpa pikiaq lah sebdiri naa. Disebabkan Nora ni susah sangat nak ade keinginan untuk makan itu ini macam ibu ibu hamil yang lain, tetiba je tekak ni teringin sangat nak makan dekat Grand Dorsett Hotel, Subang. HAHAHA!

Alaaa, tak kopak pun husband Nora kalau bawak Nora makan kat situ sbb Makcik Nora keje dekat Cafe hotel tu. Tiap kali dia dapat voucher je, Nora, Suami and mak lahh orang pertama yang makcik ajak. hehehe !

So dengan izin Tuhan, makcik Nora pun set date 9/5/2015 untuk kitorang pg makan kat sana. Sayangnya makcik Nora ni dekat anak buah dia nie.


Masa belek belek gambar, terjumpa gambar makanan pebret dekat hotel tue. Tue yang tetiba gatai nak makan sana. Baby yang nak makan ke Ummi dia ? hehehe. Sedappp okayy salad ni. Tapi malang masa datang, salad ni takde. Takpe, nanti ramadhan repeat makan kat sini lagi. ngehe ngeh ! Okayyy, joom usha gambar
Cukuplaaa tu. Kang upload banyak banyak, bukan air liur korang je meleleh. Dengan Nora sekali terjebak. Apapun, very recomended untuk korang datang sini. service tiptop !

Kbaiii. Nanti seminggu, sebulan, setahun I hapdate lagi yer ? Muuuahhh !


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 4 May 2015

Nora Kene Chicken Pox ?

Assalamualaikum.

Dari sehari nak update tapii sifat 'M' yang semakin berleluasa dalam diri dah berjaya mempengaruhi otak. HAHAHA!

Hmm, umur Nora dah nak masuk 26 tahun pada 23 Ogos nanti tapii baru harini Nora terkena chicken pox. Malangnyaa, Nora tak mengenali sifat sifat chicken pox. Nora pun tak berapa pasti bila waktu sebenar Nora terkena chicken pox.

Bila dah confirm memang kene chicken pox, Nora dapat MC seminggu. Yeayy! Cumanya, chicken pox nie bahaya untuk ibu ibu yang mengandung. Lagi lagi awal kehamilan macam Nora.
Lepas je dapat tahu, kene chicken pox, Nora terus google dan google pantang larang semasa terkena chicken pox.

1st - jangan mandi menggunakan sabun. Sabun ade asid. (Setiap hari mandi kambing. Nak buat camne kan. Tapii, tak pakai sabun nie yang membuatkan chicken pox ni cepat kering.)

2nd - Minum air kelapa muda. Bagi proses mempercepatkan chicken pox keluar. (Mak Nora tak kasi minum sebab pregnant. Boleh mengakibatkan keguguran. Tapi Nora kan kepala batu. Suruh jugak en Suami beli. But, alhamdulillah. Lepas minum air kelapa muda, chicken pox tumbuh dengan banyak sangat dekat badan tapi tak tumbuh yang berair air tue. So lagi cepat kering.)

3rd - jangan menggoreng dalam rumah sbb boleh menyebabkan si pesakit bertambah gatal. (Husband Nora goreng je walaupun Nora larang. And seriusly, Nora tak rasa gatal pun. Teori ni tak boleh di guna pakai lagii.

4th - No more kicap. Akan membuatkan parut hitam (Okayyyy, pantang nie amat amat susah Nora nak praktikkan. Almaklumla, hidup matiku dengan kicap. HAHAHA! So, hari hari makan nasi dengan sup.)

5th - Mandi guna daun semambu / blend and tepek tepek dekat chicken pox. (Nora kan mempunyai sifat M, jadinyaaa Nora buat mandi je. Malas laa nak blend bagai. Haishhh !)

6th - JANGAN JANGAN DAN JANGAN TERKENA HUJAN. Boleh buat parut jadi kekal. (Nora taktahu kesahihannya. Tapii, sepanjang terkena chicken pox Nora mmg tak keluar rumah langsung kecuali sidai kain. Kalau hujan, Nora biar je kain tu basah. Heee !)

7th - Jangan makan telur. Nanti akan menyebabkan nanah.

Itu je informasi yang Nora dapat dari reseach Nora. Tapii, lepas chicken pox dah kering, keinginan nak makan kicap tu membuak buak. Jadinya, Nora search pakcik google tentang kesahihan kicap boleh mengakibatkan parut hitam. Majoriti memang semua cakap benda yang sama sampai lahh Nora terjumpa satu website tentang kesahihan kicap boleh jadi parut hitam tue.
Tqqq kak Yanmie sebab sudi share pasal kicap ni. Hehehe ! Tiada lagi keraguan pasal kicap lepasni. :)

Okayyyy, itu sahaja. Byeeee !


Coretan,
Nora


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen