Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: September 2016

Thursday 22 September 2016

Dhiya Arissa Turn 2

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah 2tahun dah usia princess Nora ni. Rasa macam baru je lagii lahirkan KakYaa. Semoga anak Ummi&Abi akan jadi kakak yang baik kepada adik adik. Jadi semangat kepada Ummi&Abi. Jadi anak yang solehah. Berguna pada bangsa, agama dan negara.

Ummi&Abi nak mintak maaf kalau sepanjang 2tahun KakYaa ade dekat bumi Allah ni, Ummi&Abi tak dapat nak sediakan kemewahan untuk KakYaa. Hiduplah dalam kesederhanaan. Semoga dengan kesederhanaan yang Ummi&Abi berikan ni, akan jadikan KakYaa lebih matang dan beringat tentang kesusahan yang telah KakYaa harungi & tidak akan memandang rendah pada orang orang yang tidak mampu pada masa akan datang kelak. Semoga KakYaa dapat bawak Ummi&Abi ke syurga Allah. In Shaa Allah.


Nukilan,
Ummi
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 14 September 2016

Happy Belated Birthday, KakZaa

On your special day, I am recalling all of the great times we’ve spent together. You always bring a sweet smile to my face! Happy Belated Birthday to you KakZaa, my special friend, who will forever hold a special place in my heart. 12 Sept 2016


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Salam AidilAdha

Dah masuk hari ke3 AidilAdha. Selamat Hari Raya semua. Jangan banyak makan lembu. Kang ade yang pitam laaa. Darah tinggi tetiba laaa. Haaaa, dari gembira gembira, terus berduka. kihkih ! Mintak dijauhkan yer.

Korang balik kampung ke? Almaklumlaaa, Raya Haji jatuh hari Isnin, 12/09/2016. Jumaat pulak Hari 1 Malaysia 16/09/2016. Majority budak office semua ambik sederet cuti sampai 18hb. Keje laa Nora sengsorang kat opis. 


Plan asal, Nora beraya kat rumah je dengan Mak Ayah. Tapi tibatiba hari Sabtu (10/09/2016), lepas pergi kenduri anak kawan sekolah mak dekat Kuala Kubu Bharu, ayah terus balik kampung mak dekat Sabak Bernam. Tahu la sejak sejak Nora dah bergelar PUAN ni, tak pernah sekali pun balik kampung mak. Saje nak suh balik lerr tue. Huuu.
 ni kawan sekolah mak. bukti kehadiran. hihihi!

Bukan taknak balik yer tapii cuti raya selalunya tak lama. Bila turn raya belah Nora, selalunya turn mak ayah balik Taiping (Kg Ayah). Opkosla Nora pun ke Taiping kan. Lepastu terus ke Johor pulak (Kg Husband). Kg husband senang. Belah arwah ayah and mak mertua semua area Johor. Memang sekali harung je semua. Kalau tak balik kampung mak pun, tak rasa terkilan sangat sebabnya semua sedara mara tinggal KL. Atuk pun memang tinggal rumah anak anak dia. Kadang kadang je balik kampung. Itupun dia balik hari.
Haaa, nii gambar hero heroin Nora. masyaAllah, Tuhan je tahu penatnya Nora jaga diorang. Yang si kakak tak boleh la orang nak cuit sikit. Kacau kacau sikit. Terjerit jerit lahh dia. Dia kacau orang takpe. Jangan sape sape pun pertikaikan. Yang si adik pulakkk, buas yang amat tapi nak kene Ummi sentiasa ada dengan dia. Kalau tak, menangis. Memang tak buat kerja langsung laaa. Duk ngadap putera puteri nihh. Orang pergi sembahyang raya, Nora duk tido lagi sebab diorang pun tido. Kebetulan, uzur pulak. Nasib adik perempuan pun uzur. Hehehe! Ade teman.

Orang balik sembahyang raya, tengok kat dapur dah siap pulut, nasi impit, rendang semua. Tah bila lahh mak Nora masak. Kesian, tak dapat nak tolong. Maaf mak. Tahun ni tak dapat nak tengok orang sembelih lembu. Lagi pulak jauh. Sape pulak nak jaga putera puteri ni. En suami tak ikut. huuuuu! Jadi nya duduk umah tengok tv jeee. Orang pun tak datang raya. Soooo boring. Ni salah satu sebab kenapa Nora tak suka balik sini (ooopppps) !

Takde apa yang menarik pun raya haji tahun ni. Sampai sini dulu yerrr.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wordless Wednesday #19 | Member Baik






Lots of Love,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 9 September 2016

Harijadi Ke 27

Dah masuk bulan baru, baru sebok nak update pasal birthday diri sendiri. NAMPAK TAK KEMALASAN DISITU? Alhamdulillah, dah menjangkau usia 27tahun pada 23 Ogos 2016. Masih diberi peluang untuk merasai kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Dan yang paling penting, masih mampu beri yang terbaik buat suami dan anak anak. In Shaa Allah. 

Terima kasih pada mak ayah kerana telah melahirkan Nora ke dunia dan memberikan segala keperluan dan kehendak walaupun hidup keluarga kita biasa-biasa sahaja. Jasa mak dan ayah takkan dapat dibalas.
 gambar 2012, time bertunang

Buat suami pulaaa, terima kasih untuk dinner treat malam sebelum birthday. hihihi! Lama tak pg makan satu keluarga sejak sejak en suami ni dah bawak uber. Dan paham situasi en suami sekarang disebabkan kewangan kami sekeluarga masih tak stabil sejak sejak kitorang berhenti kerja dari satu company yang sama pertengahan tahun 2015. Rezeki tu Allah yang bagi. Bersyukur dengan apa yang ada. Terima kasih jugak sebab kerja siang malam semata mata nak berikan yang terbaik untuk isteri dan anak anak.

Semoga dengan meningkatnya umur, hidup akan lebih diberkati dunia akhirat. In Shaa Allah.


Regards,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen