Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: Harijadi Ke 27

Friday 9 September 2016

Harijadi Ke 27

Dah masuk bulan baru, baru sebok nak update pasal birthday diri sendiri. NAMPAK TAK KEMALASAN DISITU? Alhamdulillah, dah menjangkau usia 27tahun pada 23 Ogos 2016. Masih diberi peluang untuk merasai kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Dan yang paling penting, masih mampu beri yang terbaik buat suami dan anak anak. In Shaa Allah. 

Terima kasih pada mak ayah kerana telah melahirkan Nora ke dunia dan memberikan segala keperluan dan kehendak walaupun hidup keluarga kita biasa-biasa sahaja. Jasa mak dan ayah takkan dapat dibalas.
 gambar 2012, time bertunang

Buat suami pulaaa, terima kasih untuk dinner treat malam sebelum birthday. hihihi! Lama tak pg makan satu keluarga sejak sejak en suami ni dah bawak uber. Dan paham situasi en suami sekarang disebabkan kewangan kami sekeluarga masih tak stabil sejak sejak kitorang berhenti kerja dari satu company yang sama pertengahan tahun 2015. Rezeki tu Allah yang bagi. Bersyukur dengan apa yang ada. Terima kasih jugak sebab kerja siang malam semata mata nak berikan yang terbaik untuk isteri dan anak anak.

Semoga dengan meningkatnya umur, hidup akan lebih diberkati dunia akhirat. In Shaa Allah.


Regards,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen