Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: May 2016

Wednesday 18 May 2016

Resepi Puree Bayi

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 6bulan usia anak Ummi. DANISH AUFA BIN SHAHRIZAL. Yeayyyyy , Aufa dah boleh makan. Masa kakak Arissa dulu, Ummi belum ade pengetahuan yang luas tentang penjagaan anak, pemakanan anak dan sebagainya. So now, Ummi akan pastikan anak Ummi betul betul SIHAT, KUAT dan CERGAS. Ehh? Ade kene mengena?

Masuk harini, dah 6hari Aufa makan. Kalau kat rumah, Ummi bagi nestum / bubur nasi blend. Tapi, dekat rumah pengasuh, Ummi bekalkan Puree untuk Prince Charming Ummi. Masa 1st day, Ummi bekalkan Puree Kentang, tapi Tokma kata kentang tu angin. Jadi Ummi switch kentang ke carrot.
okayyy, nie dia puree carrot

Walaupun kakak masa kecik kecik tak makan puree, bila dah ade adik ni, dia pon sebok "nak ikit nak ikit". Soo, kakak pun akan dapat khasiat yang sama. kan kan?

Senang je nak buat Puree ni. Kalau malas sekalipun, buat stock banyak banyak, bekukan. Bila nak makan, panaskan je. Malam malam Nora dah siap basuh and potong-potong. Esok before pg keje, tinggal rebus and blend. Senangkan?

Selamat mencubaaa. :)

p/s : sila click sini untuk cara penyimpanan puree.


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 11 May 2016

Wordless Wednesday #16 | Eat

Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 6 May 2016

Lipstick Moonar from LAZADA

Dari sehari kesehari nak update pasal lipstick ni. Tapi asyik delay delay je. Nak cakap busy, takde keje pun. Sebok cuci mata tp poket kosong. kihkih !

Sejak dua menjak ni, Nora dengan opismate sebok shoping online. lipstick, bra, rak kasut. and macam-macam la. Nora tukang buat transaction. huhuhu ! Sebab tu maleh nak letak duit bebanyak dalam bank. Nanti mesti ade shopping online. Nora ni bab shopping, memang cerewet sikit. Nak yang murah jee.

Ni Nora nak share ape yang Nora beli. Lipstick Moonar. TERLAJAK MURAH hokeyyyy. Kalau tak murah, tak belinya.
Haaa, cuba la teka berapa rege nya? 12pcs tu, RM23.90 SAHAJA. murah tak? Murah tak? Semua colour colour cantik pulak tu. Mane nak dapat kan? Satu hari satu colour nak pg opis. Ceh ceh, nak keje ke nak melaram.  Korang visit la sendiri laman web lazada. ( sini) macam-macam hado. Cari je katogeri ape. Takpun, search je apa korang nak cari. Kompom ade. Dari serendah-rendah harga ke semahal mahal harga. Setiap hari lain-lain promosi.

Okayyla, harini nak cerita pasal lipstick je. Pasal barang-barang lain, next time yer. Itupun kalau rajin la. hehehehe ! Tatatititutu.


Coretan,
Nora



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 4 May 2016

Wordless Wednesday #15 | Manusia





Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 3 May 2016

Arissa bertindik

Cuti 1 Mei korang balik kampung tak? Rugii tau tak manfaat kan cuti yang ada. hehehe! Jadinya Nora sekeluarga pulang ke kampung halaman en suami. nak balik rumah mak ayah sendiri, selang 2 3 bijik rumah je. hari hari boleh terjah.


Kebetulan Ahad malam tu abang ipaq nak belanja makan, haaaa kitorang ambik kesempatan nak pg tindik kan Arissa sekali. Bukan senang dapat pg Bandar. Jauh. Kalau nak pg semata-mata nak bertindik je, memang sampai kesudah la tak pg. Kat KL? Lagi laaa takde masa. huhuhu!

Nak cari kedai emas malam-malam dekat bandar Segamat, memang semua dah tutup. Lagi-lagi 1 mei. Tah-tah tutup. Jadi kitorang pergi la setiap mall yang ade tanya ade service tindik tak kat situ. Nasib ade satu tempat ni ada. Tapi sorang je. Selalunya pekerja nya 2 orang. Sorang sebelah telinga. Sakit pun sekali je. Tapi, Abi Arissa nak jugak tindik princess dia, jelahh.

Kebetulan masa sampai mall tu Arissa tido, so masa sampai kedai tu Arissa duduk diam je. Orang baru bangun tido katakan. Bila akak tu pegang je telinga dia nak tanda tempat yang nak ditindik, terus menangis meronta ronta. Haaaaa, Ummi la terpaksa peluk Arissa. Tugas Abi pulak pegang kepala Arissa. Benda yang sama jugak buat masa nak tindik. Kesian Arissa meronta-ronta. 2 3 jam je dia teringat ingat pasal telinga dia. Lepastu lupa laaa. Hehehe ! Berhasil. 
Haaaa, kan dah cantik anak Ummi dengan Abi ni. Ummi dengan Abi mintak maaf yer sayang. Kitorang sayang sangat dekat kakak.



Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen