Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: 2018

Friday 17 August 2018

Shah Ice Blended Opening

Alhamdulillah, Nora dan suami dah bukak stall ice blended. Dah beroperasi since 27/07/2018. Doa doa lerr kami murah rezeki yer? Sape-sape yang belum pernah try, mohh lerr datang. In Shaa Allah, MESTI REPEAT lagi lagi lagi dan lagi. 
.
Lokasi Stall : Kg Lindungan (Adun Seri Setia)
Landmark : Berdepan dengan kedai kayu/papan dan parking bas or lorry. Sebelah Dewan AIM Kg Lindungan dan penjual ayam pasu.
.
Kami satu satunya penjual ice blended di area Kg Lindungan. Soo, mesti senang nak cari. Kami bukan sahaja menjual ice blended yer? Kami juga menjual Waffle dan Sweet Corn. Soon In Shaa Allah ais kepal. Doa doa kan yer? Semoga kita sama sama dimurahkan rezeki. Aminnn. Ohh, lupaa. Waffle punya tepung, homemade tau. Kita tak pakai tepung segera. Pernah try tapi tak ummp! gituuuuu. HAHAHAHA
.
.
Haaa, ni pulakkk akak nak tunjuk feedback cust. Alhamdulillah, customer , akak berlipat ganda .
.


.
 always support kitorang. Kalau ade kekurangan, harap dapat tegur. In Shaa Allah kitorang akan perbaiki.
.
.
Salam Sayang,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 31 July 2018

MAKCIK & PAKCIK BAWANG

Assalamualaikum.
.
Harini akak nak bebel panjang sikit. Taknak baca, scroll laju².
.
Akak seorang isteri yang punya 3 anak yang masih kecik. Tahun depan nak masuk 3series dah. Punya pekerjaan tetap sebagai Jr Account Executive. Alhamdulillah, dah masuk tahun ke2 bekerja. Gaji? Takde la tinggi mana. Biasa² taraf gelandangan gituuu🙊
.
Walaupun dah ade pekerjaan tetap, akak suka berniaga. Akak memang ade background business. Mak ayah sara kami adik beradik dengan jual nasi lemak sejak akak usia 13 or 14 tahun macam tu. Now parents still berniaga.  Alhamdulillah, ade regular customer. Takde pulak kitorg anak beranak mati kelaparan.
.
Even fulltime bekerja, akak jual skincare DESI DAMAYANTI. Haa, sesape yang ade masalah muka tu, meh pm akak. Akan bagi free consult. Dalam sebulan, untuk repeat customer je, akak boleh dapat dalam 200 tak lari. Belum masuk new customer. Ni kalau malas laa.
.
2 3 bulan sebelum nak puasa, akak ambik job cleaning and ironing. Kenapa nak malu? Cari rezeki halal kan? Sape nak bg sejam sampai rm20? Selagi boleh buat duit, akak kebas je. Akak memang mata duitan. HAHAHA!
.
Dan sekarang, husband baru bukak stall ice blended. Baru 3hari. Dah ade lagi dengar suara² sumbang cakap boleh cari makan ke gitu? Usaha doa tawakal. In shaa allah.
.
Rezeki ajal maut semua ditangan Tuhan. Sape kita nak menidakkan nikmat yang Allah dah beri?
.
Posting ni bukan untuk riak or menunjuk tapi just nak tanya makcik dengan pakcik bawang kat luar sana tu, hina sangat ke kalau buat kerja² macam ni? Hina sangat ke duit yang dapat tu? Setakat makan gaji duk dalam office, buat keje tak seberapa. Membawang je lebih. Kutuk orang sana sini. #opps
.
Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Setiap orang dugaan hidup lain². Mungkin orang² kat luar sana tu struggle cari duit semata² nak makan (macam akak😂), nak beli apa yg dorg nak, nak travel sana sini. Kan? Takyah la nak perli² or sindir² kerja yang dorang buat. Janji dorang tak susahkan kau, udah ler. Support each other tu penting. Baru la sahabat sejati dunia akhirat gituuu. Jangan nak kepochi sangat hehh. Babap nanti.
.
Salam sayang,
Norasikin Ishak
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 13 June 2018

Popia Nestum

Seperti kebiasaan, dekat-dekat nak raya ni semua orang pun sebok buat kuih raya. Termasukla Nora. 1st kuih raya untuk tahun ni, POPIA NESTUM. 1st time buat, alhamdulillah, semua puji sedap. kihkih! Tahun depan boleh niaga pulak.  Resepi senang cuma leceh sikit nak menggulung bagai. Bahan pun murah.

Bahan-bahan :
 kulit popia
 2 cawan nestum
  1 cawan horlic / susu tepung
 1 cawan gula

Cara-cara : 

STEP 1

 Belah kulit popia kepada 2 bahagian. Ceraikan setiap helaian.
 Gulung kulit popia yang telah diceraikan tadi menggunakan straw.
 Gunting kulit popia yang telah digulung tadi secara menyerong.
 Goreng (pastikan api perlahan. Masak 30second je)

STEP 2

 Blend nestum, susu tepung dan gula bersama-sama
 Gaul popia yang telah digoreng bersama bahan yang telah di blend

SIAP

Senang kan? Kalau nak lagi paham, boleh refer video kat bawah yer?
Selamat mencuba.
.
.
Love,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 18 May 2018

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 (PRU14)

Alhamdulillah, PRU14 telah selesai dan Kerajaan Baru Malaysia telah ditubuhkan. Diharapkan kebangkitan rakyat pada PRU14 kali ini dapat menjadikan semua Menteri-menteri menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan sebaik mungkin. Tahniah untuk Parti Pakatan Harapan kerana telah berjuang habis-habisan selama hampir 15tahun dan akhirnya membuahkan hasil.
.
Terima kasih juga untuk anak-anak muda yang berani membuat REFORMASI.  Kepada Parti yang telah jatuh tersungkur lagi terduduk, kami rakyat tidak benci kepada anda semua. kami cuma mahukan Malaysia yang lebih baik. 
.
Tak lupa jugak terima kasih Tun M kerana telah kembali menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE7. Walaupun usia telah menjangkau 90an, tetapi semangat untuk menyelamatkan Malaysia masih ade. Semoga Tun diberikan kesihatan yang baik and pls pls pls rehat dengan secukupnya.
.
Untuk DS Anwar Ibrahim, Selamat kembali aktif dalam dunia politik. Semoga kehidupan DSAI sekeluarga akan bertambah baik.
.
Bagi mereka-mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi, silalah daftar dengan segera. Undian anda anda semua amat bermakna untuk Negara yang tercinta. Sayangilah Malaysia.
mengundi kali kedua

Warna tudung sama dengan bendera belakang laaaa. Nasib tak kene halau balik masa pg mengundi. kihkih! 
.
Disini, Nora ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua yang beragama Islam. Puasaaaa, jangan tak puasa !
video pot luck company Nora sehari sebelum puasa
.
.
Love,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 2 May 2018

SUPRISEEEEEE ! Happy birthdayy Faten Naquiah


30.04.2018 tarikh ulangtahun kelahiran seorang sahabat yang sangat rapat dengan Nora. Dialah insan yang selalu ade dengan Nora time susah dan senang. Susah tau nak cari kawan yang macamni sekarang. Tqqq awak. 
.
Ni kali kedua buat suprise untuk cinta hati den ni. Masa first time dulu, time anak dara dua-dua. So, suprise kali ni, dah tentu-tentu la tak dijangka. And kalini, share dengan group bawang. kahkah!
.
nampak tak muka cuak kat situ? ☺
classic tak nama group kitorang? hahaha!
Nora & kawan kawan ambik pakej ni add on kek SC 1 slice

SELAMAT HARI JADI KAWAN DUNIA AKHIRAT. SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH DAN CEPAT CEPAT DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH. AMIN.
.
Terima kasih tak terhingga pada Asikin Ilyas sebab sudi ambik tempahan last minit. Order lebih kurang pukul 10pagi, pukul 3ptg dah mintak hantar. Service tiptop. Layanan terbaikkk  Meh order dengan beliau. Fees pun murah kalau dibandingkan dengan tempat lain.
Thanks jugak untuk Khairul Ridhwan aka suami Puan Faten sebab sudi nak share kan location tempat kerja sang isteri. kihkih! And terima kasih tak terhingga jugak untuk sahabat dunia akhirat, Shidah & Zura aka adik sebab sudi join sekali buat suprise ni. Sayanggg korang ketat ketat.
Secret Gurlz in da house yawwww~

Jangan pelik la muka bebudak time ni. Time ni, den baru baru kawen. Lain semua bujang lagi. Ni pun masa majlis engagement si tudung biru tu hah. Bila nak kuruih cenggitu lagiiiiii 
.
Kayyyy, itu je dulu. Sambung lagi bila free naa? Byeeee sayang sayang semua. Love youuuu. Muahhh 
.
.
Regards,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 16 April 2018

No Title

Harini genap 3bulan dari post sebelum. Baru sekarang la semua masalah masalah kerja dah tinggal sisa sisa. Dan disebabkan tu jugaklah baru boleh ber 'huahua' dengan aman. #ehhapeni? kahkah! 
.
Sejak sejak office dah pindah ni, officemate and bosess semua jadi baik hati. Boleh dikatakan hari hari dapat makan free. Badan pun dah lebih limit ni. Kene ikut lane kiri sentiasa sebab dah jadi muatan berat.  Nak gemuk senang je. Nak kurus yang susah. Lagi pulak anak yang ketiga ni memang kuat menyusu, breastfeeding lagi, lagi la kuat Ummi nya ni makan. Perut dah mengalahkan orang mengandung 3bulan. Sampai ade orang tanya 'ade isi lagi ke?' Okayyyyy, sentap Ummi!
.
Baju raya awal tahun dah siap. Try try, dah tak muat.  Dan disebabkan itu, Ummi telah buat diet atkins sebab baju raya nak pakai untuk wedding Abang Ipar. Alhamdulillah, seminggu turun hampir 10kg. Kihkih! Dan selepas wedding Abang Ipar, rutin makan dijalani seperti sediakala. Makaaaa......... berat kembali naik mendadak.
.
Nak p nanges jap. Hampa layan gambo jelah yer?
.
gambar lepas diet ↑
.
Kbaiiiiii
.
.
Love,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 16 January 2018

3rd Baby | Dhia Amani

Alhamdulillah, harini dah 118 hari umur anak ketiga Nora. Baru berkesempatan nak update. Masuk-masuk kerja je, terus bz kerja-kerja tertunggak 2bulan. Dengan office pindah tiba-tiba dan tanpa dirancang. Segala dokumen telah carca marba. HAHAHAHA. Okayyy, back to my baby story.
.
Nora dah lahirkan Puteri kedua yang coooomel secomel Ummi dia. #ehh?  Nama diberi, DHIYA AMANI. Lahir sehari sebelum birthday kakak dia yang gebu gebas. Tak sabar jugak nak keluar 21/09/2017. Taknak sama birthday dengan kakak. Saje je taknak bg Ummi makan kek. HAHAHAHA. Dah lama tak update blog ni, nak ambik mood menari kan jari jemari pun dah malas.  Layan gambo jelahh komeee.
1st dayyyyyyyy 
kakak mithali sgttttt
45hariiiiii

Okayyyyy, takyah nak banyak-banyak sangat. Koleksi untuk diri sendiri jeee. Next time kita cite lain naaa. Doakan semoga kerja-kerja pending dari "boss lama" settle dan rutin berjimba di pejabat boleh berlangsung seperti sedia kala. heeeee. kbaiiii.
.
.
Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen