Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: January 2019

Monday 14 January 2019

Cara Buat Playdoh Tanpa Bahan Kimia Untuk Anak-Anak

Sejak-sejak anak dah masuk Tabika ni, banyak benda yang cikgu suruh mak ayah prepare dari rumah untuk bawak ke sekolah. Antaranya playdoh buatan sendiri. Selamat dari bahan kimia. Cikgu haramkan yang beli dari kedai yer? Rajin-rajinkan la diri untuk anak-anak sendiri. Lagipun resepi senang jeee. Cikgu dah siap bagi. Toksah susah susah nak google bagai. Joom follow resepi kat bawah
 
Bahan-bahan :
 1/4 cawan garam
 1 cawan tepung gandum
 1 cawan air suam
 2 sudu besar minyak masak
 2 sudu besar krim tartar
 2 sudu kecil pewarna makan 
Cara Penyediaan :
 Campur semua bahan dan gaul diatas api yang perlahan sehingga menjadi doh (Lepas dah gaul atas api, Nora uli sendiri pulak pakai tangan. Depends la dengan korang nak testure playdoh tu macamana)
Ni playdoh yang Nora dah siapkan untuk Arissa dengan Aufa bawak pergi sekolah. Sebab ade 3 pewarna dekat rumah, buat tiga-tiga sekali. 
Haaa, ni memang buat extra untuk main dekat rumah. Playdoh ni boleh menguatkan lagi motor halus untuk belajar kenal huruf. Selamat Mencuba semuaaa. 
.
.
Ibu Mithali,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 2 January 2019

Dhiya Arissa & Danish Aufa masuk Tabika

Tahun nie dua dua anak Nora masuk Tabika Kemas. Arissa 5tahun, Aufa 4tahun. Eksited bukan main nak pergi School. Alhamdulillah. Takda drama  berlaku. Tu pun dah cukup buat Umminya bangga. 
Sementara nak dapat baju seragam Kemas, pakai la tshirt putih dengan track bottom dulu untuk hari Isnin dan Rabu. Untuk hari Selasa dengan Khamis, pakai baju sukan yang cikgu dah sediakan. Jumaat pulak, pakai baju kurung dan baju melayu bersamping dan berkain kan warna ungu. Bab peralatan, pakaian dan semua keperluan dah settle. Tq to Encik suami bayarkan full set kelengkapan diorang termasuk yuran. hihihihi. 
Disebabkan mak pak tak boleh stay untuk first day, Cikgu hantar gambar anak-anak dekat group whatsapp. Nak bagi hilang kerisauan mak pak.
.
Cuba tengok picture no 2 yang cikgu hantar tu. Hadoiii, risau tengok anak teruna pegang pensil gitu. Ajar banyak kali dah. Hmm Hmm.
.
Akhir sekali, nak ucapkan   dekat cikguu. Semoga cikgu dapat didik anak-anak kami dengan sempurna. Aminnnnnnn.
.
.
Salam Sayang,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wordless Wednesday #21 | Happy New Year 2019


Salam Sayang,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen