Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: November 2015

Wednesday 11 November 2015

Majlis Harijadi Dhiya Arissa yang Pertama

Assalamualaikum.

Dah lebih sebulan majlis harijadi Dhiya Arissa berlangsung tapi baru sekarang Ummi Arissa ni berkesempatan nak buat coretan. Sejak dah tukar kerjaya kepada Accountant ni, busy mengalahkan PM. huhuhuhu !

Okayyy, straight to the point. Takyah nak merepek merapu sangat lahh. Kihkihkih ! Alhamdulillah, majlis berjalan lancar and and and tak sangka la pulak makanan tak cukup. Itupun belah petang sedara mara yang datang. Jadinyaaaa, Tokma Arissa laa yang susah payah masakkan untuk diorang. Hihihi !

Budget ciput, jadinyaaa buat simple je laa. Simple pun banyak jugak peghabis duit.  Semua pun dah mahal sekarang. Nasib laaa duit Br1m dapat 4hari sebelum majlis. Dapat gak top up mana yang tak cukup. Huhuhu !

Malas dah nak celoteh panjang panjang. Tengok gambar jelahh. Gambar pun tak banyak sebab nyaaa busy layan tetamu. Tak sempat nak posing sana posing sini.
Bab design & printinggg semua, semua Nora yang buat. Tapii, bab hias hias atas board nie, tak pandai la makkkk nak. Semua TokAyah Arissa yang buat. I cuma cakap okayyy or tak je. Huihuihui ! Takdak seni orang kataa.
Yang ni pulakkk doorgift untuk para tetamu. Untuk budak-budak, kami bagi coklat yang no 8 tu jaaa. Alaaa, Lupa lahh pulak nak tangkap gambaqq. Huhu ! Design sticker dekat bekas doorgift tu, Paklang Arissa yang design. Soo, charge design free jelah yer. Kihkihkih !
Haaa, ni pulak cawan kertas yang ditampal dengan gambaqq Hello Kitty. Dah kata pun budget kan. Susah payah Nora tampal malam sebelum kenduri tauu.
Apam HK dengan Kek HK ni pulakkk dari honeyzdelight okayyyy. Cantikkk kan ? Meletop kann ? Semua puji sedapp hokeyyy. Apalagi, pg laa visit ig honeyzdelight ni. Harga pun berpatutan. Cumanyaaa, nama Arissa je tertinggal satu huruf. Tapi takpalahh. Cheq maafkan naaa.
Haaaa, ni pulakkk. Mestilah gambar keluarga bahagia. Ceria je birthday girl sepanjang majlis. Alhamdulillah.

 kepada yang datang memeriahkan majlis. Yang membantu dari pagi sampai habis. Dan terima kasih jugak pada sapa sapa yang ade bagi Arissa duit dan .

Mohon maaf dari kami sekeluarga sekiranya ada terkurang atau tak terlayan sepanjang majlis berlangsung. Harap tak disimpan didalam hati.

Sampai disini dulu coretan untuk kali ini. Kalau Nora ada kelapangan, akan ade laa coretan baru. Huhuhu ! Ohh, apa-apa pun. Tolong doakan Nora selamat delivered adik Arissa yang bakal melihat dunia lagi dua tiga hari. Diharap semua nya selamat dan berjalan lancar. Aminnnn.


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen