Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK

Monday, 14 January 2019

Cara Buat Playdoh Tanpa Bahan Kimia Untuk Anak-Anak

Sejak-sejak anak dah masuk Tabika ni, banyak benda yang cikgu suruh mak ayah prepare dari rumah untuk bawak ke sekolah. Antaranya playdoh buatan sendiri. Selamat dari bahan kimia. Cikgu haramkan yang beli dari kedai yer? Rajin-rajinkan la diri untuk anak-anak sendiri. Lagipun resepi senang jeee. Cikgu dah siap bagi. Toksah susah susah nak google bagai. Joom follow resepi kat bawah
 
Bahan-bahan :
 1/4 cawan garam
 1 cawan tepung gandum
 1 cawan air suam
 2 sudu besar minyak masak
 2 sudu besar krim tartar
 2 sudu kecil pewarna makan 
Cara Penyediaan :
 Campur semua bahan dan gaul diatas api yang perlahan sehingga menjadi doh (Lepas dah gaul atas api, Nora uli sendiri pulak pakai tangan. Depends la dengan korang nak testure playdoh tu macamana)
Ni playdoh yang Nora dah siapkan untuk Arissa dengan Aufa bawak pergi sekolah. Sebab ade 3 pewarna dekat rumah, buat tiga-tiga sekali. 
Haaa, ni memang buat extra untuk main dekat rumah. Playdoh ni boleh menguatkan lagi motor halus untuk belajar kenal huruf. Selamat Mencuba semuaaa. 
.
.
Ibu Mithali,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen