Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: April 2015

Saturday 11 April 2015

Arissa Dijangkiti Virus Batuk & Kahak Lagi ?

Assalamualaikum.

Okayyyy, ini kali ke3 Arissa diserang penyakit batuk dan kahak sejak 7bulan dilahirkan. Masa pertama kali kene masa dalam pantang. Mak dengan ayah cakap, dia kene batuk sebab halakan kipas straight kat muka dia. Betul ke ? Hmmmm. Makanyaaaa, Nora pun bawaklahh Arissa pg Klinik Pakar Kanak-Kanak dekat Mentari Business Park. Tak ingat lahh nama klinik nya Mohan or Mogan macamtu lahh. Ramai yang cakap tempat tue bagus lah dan bla bla bla. Dengan ihsan ayah kepada anak yang mak Nora jaga, dia bawak Nora dengan Arissa pergi klinik tue disebabkan husband tak dapat cuti dan kebetulan dia memang nak buat NEB untuk anak sulung dia yang masa tue berumur 6tahun tapi sayang sangat hingus tue. Taknak keluarkan. Haaaa Nora rasa anak Nora dijangkiti virus time tue sebab anak-anak asuhan yang mak Nora jaga tak sihat tapi asyik duk cium anak Nora. (still taknak admit pasal kipas. Hahahaha !)

Sampai dekat sana, ikutkan hati nak suruh doktor tue sedut je terus kahak yang ade tapi doktor cakap NO ! Sebab Arissa kecik lagi. Boleh buat NEB je. So akur. Dalam 3 4 hari kemudian, Nora dah diishtiharkan bebas dari hidup didalam penjara (pantang). Makanya, balik kerumah sendiri pada hari ke 45 tapi Arissa masih lagi dalam keadaan yang sama. Selang beberapa hari, keadaan Arissa amat amat kritikal sampai bila minum susu, dia batuk and terus muntah dengan banyak. Ummi nya baru pertama kali ade baby. Dengan gelabahnya, terus call Abi Arissa time tue jugak sebab nak hantar puteri sulung kesayangan pergi hospital.

Decide pg PPUM sebab Klinik sebelum nie tak mendatangkan hasil. Tapi u guess what ? Sumpah rasa macam nak sepak sepak je doktor dengan nurse nurse dekat situ. Dorang check paru-paru Arissa takde jangkitan kuman. So kalau jumpa doktor pun macam takde function. Katanyaaa. Ehh ? Habis nak tunggu anak aku kene jangkitan kuman baru nak check ke ? Lepastu, terus banned PPUM sampai sekarang. Then terus menghala ke Hospital Assunta.
Nie keadaan Arissa masa otw pergi hospital. Secara jujurnya, Arissa adalah seorang bayi yang tidak boleh hidup tanpa buaian pada ketika ini dan amat amat sukar untuk menidurkan dia tanpa buaian. Tapi masa nie, dari start bergerak dari rumah sampai balik rumah, Arissa tak bangun bangun. Ummi mana yang akan percaya yang anak dia takde apa-apa kalau macamni. Am I right ?

Sampai je dekat Assunta, buat macam process biasa dekat hospital hospital lain. Daftar. Timbang berat. Nurse soal selidik sikit dan tunggu turn untuk jumpa Dr. Doc dekat Assunta pun masih suggest kan NEB dan sebagai ibubapa yang mahu anak mereka sihat, hanya akur kerana doktor lebih mengetahui.
See, kene NEB pun masih lena tido. 


Kali ke2 pun masih lagi pergi Assunta dan process yang sama seperti diatas telah diaplikasikan. Cumanyaaaa, Arissa dah besar dan rasa rimas sampai menangis nangis bila kene NEB.

Okayyyy, kali ke3 ni tidak lagii pergi Assunta. Bukan sebab Assunta tak bagus tapii Arissa takde kesan bila kene NEB. So Nora pun search google klinik-klinik yang sanggup sedut kahak bayi bawah 1tahun. Semua blog pun bercerita tentang Dr Nadir Khan dekat Wangsa Maju. Dari satu blog ke satu blog yang lain, semua pun bagi review positif. Nora pun dengan excited nya terus ajak en suami pergi sana pada esok hari (3/4/2015) walaupun taktahu jalan. Kalau boleh pg masa tue jugak, Nora dah ajak pg sbb bila Malam, keadaan Arissa amat amat menyedihkan. Rasa nak nangis je bila dengar dia batuk time tido.

Jam menunjukkan pukul 5AM pada 3/4/2015 tapi Nora masih lagi tidak dapat tidur sebab asyik terdengar batuk Arissa. Dan Nora masih lagi membaca review review tentang Dr Nadir. Dan tiba-tiba, Nora terbaca 1 blog tentang bad experience patient di Klinik Dr Nadir. Sila baca di sini. Anda takkan dapat jumpa langsung bad review tentang Klinik Dr Nadir melainkan blog Along Journey dan ini membuatkan Nora rasa terus tak rasa macam nak pergi sana. On the spot, Nora tiba tiba teringat Makcik Nora yang bawak anak dia pg sedut kahak baru baru nie dekat klinik area PJ. (kenapa tak teringat awal-awal lagi?) Terus whatsapp beliau nama klinik and alhamdulillah tempat tue teramat amat dekat dengan rumah Nora kalau nak dibandingkan nak kene pg Wangsa Maju dalam keadaan jammed.

Lepas balik keje pada 3/4/2015, terus ambik Arissa dekat rumah babysitter and bawak terus pg KLINIK FATIMAH, TAMAN MEDAN. Nie lahh Klinik yang Nora pg masa nak sunat Arissa dulu. Klinik nie memang agak Islamic sikit. Doktor pun perempuan. Pakai tudung labuh lagi. Staff pun friendly, Alhamdulillah.
Sementara tunggu turn, Abi Arissa melayankan Arissa naik buaian.

Bila nama Arissa dipanggil, seperti biasalah. Doktor akan tanya dulu serba sedikit tentang Arissa dan masalah yang dihadapi. Dan Nora terus bagitahu treatment yang pernah Arissa buat sebelum nie (NEB). Nora tak berapa sure sapa nama doktor yang rawat Arissa tue tapi dia lah doktor yang sama sunatkan Arissa. Doktor tue cakap, NEB sebenarnya tak berapa bagus sebabnya NEB tue hanya mencairkan kahak. Kene tunggu dia keluar dari najis lahh apa lahh. Bila nak sihat. Kan ? Nora pun iyaaa kan ajaaa.

Lepas sesi perkenalan siap, doktor terus suruh letak Arissa atas katil dan terus bedung dia pakai selimut. Nora ditugaskan untuk pegang badan Arissa dan hubby pulak pegang kepala. Doktor buat ape ? Doktor guna alat dia untuk sedut kahak laaa. Hihihi ! Process sedut kahak nie sebenarnya nampak macam agak menyakitkan sebab Arissa seriusly menangis macam orang kene dera. Sampai husband tanya, "sakit ke?" Doktor terus tunjuk tiub yang dia guna. Memang lembut sangat sangat. Doktor cakap dia meronta sebab kene pegang. Bukan sebab sakit. Doktor sedut dekat dua dua hidung dan tekak and and and Nora ternampak hidung sebelah kiri Arissa berdarah sikit tapi Nora tak terkejut pun sbb masa buat research, memang ramai cakap kalau baby ade risiko berdarah sikit. Yang penting Arissa sihat, enuff lahh kan ?

Masa proses sedang dijalankan, doktor siap tunjuk kahak kahak yang keluar dari hidung and tekak Arissa. Kalau biar lama lama dalam tue, boleh jadi macam macam penyakit. Doktor memang dengan sengaja geli geli kan tekak Arissa supaya dia muntah and masa tue haaaaa hambekkk banyak gila kahak dia keluar. Takde pulak gambar nak tunjuk. Yelahh, dah pegang Arissa, nak tangkap camne kan. Tapi memang puas hati. Arissa lepas sedut kahak, terus lena lepas minum susu. Al maklumlaaa, 2 3 hari tak cukup tido and kurang minum sebab batuk. Kesian anak Ummi. :'(
And Nora terus decide bukak buku pregnancy time tue jugak. Dah taknak pg klinik kerajaan lagi. Masa banyak terbuang tapii still kene pg jugak one day untuk buat buku merah. Walaupun niat dekat hati nak bersalin dekat swasta dis time, kene jugak standby. Mane tahu tiba tiba duit jadi penghalang kan ? Hihihi.

Bagi sesape yang nak pergi Klinik Fatimah nie, sila rujuk alamat dibawah yer ?
Okayyyy, sampai sini dulu. Nora rasa ni entry terpanjang Nora buat masa nie. Hahaha! Jumpa lagi nanti. 


Coretan;
Nora





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 8 April 2015

Wordless Wednesday #10


Coretan;
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen