Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: Indoor Paygroud @ Reka Zone

Thursday 15 December 2016

Indoor Paygroud @ Reka Zone

Lama dah tak buang sawang sawang kat blog ni. Kesian. Kekangan masa sebab anak anak tengah berkembang otak otak nyaa. Kene bagi perhatian lebih sikit. So, berkurangla jugak aktiviti menulis blog. hihihii.

Sejak-sejak lepas raya ni, memang jarang sangat anak anak dapat keluar jalan jalan. Almaklumlaa, ekonomi makin lama makin teruk. Gaji still sama tak naik naik. So, bila ade duit lebih, masa untuk gembirakan anak anak laaa.


Perancangan asal nak bawak KakYaa pergi tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng and tinggalkan Aufa dekat rumah mak Nora tapii saat saat akhir perancangan berubah dek kerana banyak sangat orang cakap cerita tu tak sesuai untuk budak 2tahun sebab nyaa Upin Ipin tu hanya imiginasi Balqis. Jadinyaaa, Upin Ipin tu lambat sangat keluar and tak banyak pun scene nyaaa. Buatnyaaa tetiba KakYaa buat hal dalam wayang sebab tak dapat tengok Upin Ipin, lebih baik tukar plan.

Takde pun back up plan sebenarnya. Dalam kereta masa takde arah tuju, terus google tempat tempat yang sesuai untuk budak budak setahun keatas. And jumpa laaa laman sesawang Reka Zone. Banyak lagi sebenarnya tempat yang lagi menarik dari Reka Zone. Tapi disebabkan ni first time pergi tempat tempat macamni, better lah pilih yang dekat dan agak berpatutan. Kang bayar bayar, bebudak ni taknak pulak main. Naik hantu pulak Ummi nyaaa. hihihi.


Ni harga harga untuk masuk Reka Zone. Aufa dah tentu tentu RM13. Kakyaa di awang awangan sebab umur dia 2 tahun 2 bulan. Memula staff cakap RM24. Then Nora pandang husband, husband pandang Nora. Lepastu staff tanya umur KakYaa berapa. Nora terus cakap 2 tahun. Staff terus charge RM13 sorang. hihihi! Untuk pengetahuan semua, seorang kanak-kanak hanya boleh ditemani oleh seorang penjaga sahaja. Kalau nak masuk lebih dari seorang, penjaga yang kedua dan seterusnya akan dikenakan charge. Dalam RM3 or RM4 macamtu. Seelok-eloknyaaa, bawak stoking untuk anak anak dan penjaga. WAJIB pakai stoking yer semua. Walaupun macam agak susah untuk kanak-kanak bermain, tapi ini adalah untuk Hygiene. Stokin juga boleh dibeli di kaunter. Murah je.

Jom tengok apa yang ade. 
KakYaaa duk sebok kutip kutip bola sampai penuh bakul lepastu campak dekat machine sedut bola tu dan bola akan keluar dari atas macam hujan gituuu. MakPak budak budak pun semua dok tolong kutip jugak. Taktahu lah anak yang eksited ke MakPak. kihkih!
Aufa pulak kejenya nak berkepit jeeeee. Nak paksa Aufa main jugakk, letak dalam terowong, Nora terus lari dekat tempat keluar terowong. Barulahh nak berjalan menyusuri terowong tu. cewahhhh, ayat gituu.
Ni feveret place kakak dengan adik. Tapi Nora kurang gemar KakYaa dengan Aufa main dekat sini sbb budak-budak dalam lingkungan 7-8 tahun main gelongsor sini. So, agak bahaya disitu. 
Banyak lagi sebenranya mainan yang ade dekat Reka Zone ni. Tapi Nora takdelah tangkap semua. Sebab anak anak Nora ni memang aktif berlari. Kejap je hilang. Tak boleh hilang dari pandangan mata. BAHAYA. Kalau nak tahu ape lagi ada dekat reka zone, boleh terus pg laman web Reka Zone Jooom tengok video KakYaa main gelonsor pulakkkk.

Well, macam yang Nora cakap kat atas tadi, kitorang takde back up plan. Soo, kakYaa terpaksa la pakai baju princess dia umtuk main main semua ni. Walaupun bawak baju spare, malas nak tukar. hihihi! Janji anak anak . So, apa lagi koranggg, pg lahh terjah Reka Zone ni. Bolehhh refer address dekat bawah yer? Lengkapkan mental dan fizikal anda sebelum datang yer sebab kemungkinan besar anak anak anda taknak balik (Macam KakYaaa. Sampai Ummi dukung bawak keluar terus)
Okayyylahh, sampai sini dulu. Lagi 7 minit ade meeting akhir tahun. Program apa yer menarik akhir tahun ni. hehehehe!

P/S : Aufa dah ade 5 batang gigi tauu.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen