Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: MAKCIK & PAKCIK BAWANG

Tuesday 31 July 2018

MAKCIK & PAKCIK BAWANG

Assalamualaikum.
.
Harini akak nak bebel panjang sikit. Taknak baca, scroll laju².
.
Akak seorang isteri yang punya 3 anak yang masih kecik. Tahun depan nak masuk 3series dah. Punya pekerjaan tetap sebagai Jr Account Executive. Alhamdulillah, dah masuk tahun ke2 bekerja. Gaji? Takde la tinggi mana. Biasa² taraf gelandangan gituuu🙊
.
Walaupun dah ade pekerjaan tetap, akak suka berniaga. Akak memang ade background business. Mak ayah sara kami adik beradik dengan jual nasi lemak sejak akak usia 13 or 14 tahun macam tu. Now parents still berniaga.  Alhamdulillah, ade regular customer. Takde pulak kitorg anak beranak mati kelaparan.
.
Even fulltime bekerja, akak jual skincare DESI DAMAYANTI. Haa, sesape yang ade masalah muka tu, meh pm akak. Akan bagi free consult. Dalam sebulan, untuk repeat customer je, akak boleh dapat dalam 200 tak lari. Belum masuk new customer. Ni kalau malas laa.
.
2 3 bulan sebelum nak puasa, akak ambik job cleaning and ironing. Kenapa nak malu? Cari rezeki halal kan? Sape nak bg sejam sampai rm20? Selagi boleh buat duit, akak kebas je. Akak memang mata duitan. HAHAHA!
.
Dan sekarang, husband baru bukak stall ice blended. Baru 3hari. Dah ade lagi dengar suara² sumbang cakap boleh cari makan ke gitu? Usaha doa tawakal. In shaa allah.
.
Rezeki ajal maut semua ditangan Tuhan. Sape kita nak menidakkan nikmat yang Allah dah beri?
.
Posting ni bukan untuk riak or menunjuk tapi just nak tanya makcik dengan pakcik bawang kat luar sana tu, hina sangat ke kalau buat kerja² macam ni? Hina sangat ke duit yang dapat tu? Setakat makan gaji duk dalam office, buat keje tak seberapa. Membawang je lebih. Kutuk orang sana sini. #opps
.
Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Setiap orang dugaan hidup lain². Mungkin orang² kat luar sana tu struggle cari duit semata² nak makan (macam akak😂), nak beli apa yg dorg nak, nak travel sana sini. Kan? Takyah la nak perli² or sindir² kerja yang dorang buat. Janji dorang tak susahkan kau, udah ler. Support each other tu penting. Baru la sahabat sejati dunia akhirat gituuu. Jangan nak kepochi sangat hehh. Babap nanti.
.
Salam sayang,
Norasikin Ishak
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen