Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: PILIHAN RAYA UMUM KE 14 (PRU14)

Friday 18 May 2018

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 (PRU14)

Alhamdulillah, PRU14 telah selesai dan Kerajaan Baru Malaysia telah ditubuhkan. Diharapkan kebangkitan rakyat pada PRU14 kali ini dapat menjadikan semua Menteri-menteri menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan sebaik mungkin. Tahniah untuk Parti Pakatan Harapan kerana telah berjuang habis-habisan selama hampir 15tahun dan akhirnya membuahkan hasil.
.
Terima kasih juga untuk anak-anak muda yang berani membuat REFORMASI.  Kepada Parti yang telah jatuh tersungkur lagi terduduk, kami rakyat tidak benci kepada anda semua. kami cuma mahukan Malaysia yang lebih baik. 
.
Tak lupa jugak terima kasih Tun M kerana telah kembali menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE7. Walaupun usia telah menjangkau 90an, tetapi semangat untuk menyelamatkan Malaysia masih ade. Semoga Tun diberikan kesihatan yang baik and pls pls pls rehat dengan secukupnya.
.
Untuk DS Anwar Ibrahim, Selamat kembali aktif dalam dunia politik. Semoga kehidupan DSAI sekeluarga akan bertambah baik.
.
Bagi mereka-mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi, silalah daftar dengan segera. Undian anda anda semua amat bermakna untuk Negara yang tercinta. Sayangilah Malaysia.
mengundi kali kedua

Warna tudung sama dengan bendera belakang laaaa. Nasib tak kene halau balik masa pg mengundi. kihkih! 
.
Disini, Nora ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua yang beragama Islam. Puasaaaa, jangan tak puasa !
video pot luck company Nora sehari sebelum puasa
.
.
Love,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen