Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: Jualan Gudang Adijuma 2016

Wednesday 20 April 2016

Jualan Gudang Adijuma 2016

Selamat hari rabu semua.Korang tahu tak pasal jualan gudang Adijuma baru-baru ni? Pergi tak? Haaaa, ni Nora nak habaqqq pasal jualan gudang tulaaa. I bukan la peminat tegar tudung AJ. ade pun koleksi tudung AJ. Sebab i pengguna tegar shawl. kihkihkih ! Tapi taktahu kenapa kali ni rasa macam nak sangat pergi.
Ni la iklan jualan gudang Adijuma. Pihak pengurusan buat jualan gudang sempena musim panas El-Nino. Nora pun nak tahu lahh tudung Adijuma ni macamana sampai orang sanggup berasak asak semata-mata nak dapatkan tudung Adijuma. Bawal je pun. Kan??

Nora pergi hari terakhir jualan gudang. 17/04/2016. Ingatkan macam taknak pg sebab anak Nora yang kecik, takde sapa nak jaga. Mak nak jaga yang kakak je. Tapi makcik cakap, takpela bawak je. Sebab hari last, orang mungkin tak ramai. And yess, masa sampai tu, orang mmg tak ramai sangat. Kitorang sampai seawal 10.00pagi. Alhamdulillah, anak pun tak meragam.

Masa masuk dalam gudang tu, terkejut Nora sampai berpinar-pinar mata. Sebab taktahu nak pilih yang mana. Banyak sangat. Semua pun cantik ! Nasib mak tak ikut. Kalau tak, mahu 3 4 ribu.

Tudung AJ nie, ada banyak label. Setiap label tu ade corak-corak yang tersendiri. Tudung AJ ni jugak ada yang jenis blossom. Blossom tu, satu tudung tapi depan belakang corak yang berbeza. Maksudnya, korang boleh guna dua-dua belah. 1 harga tapi dapat 2 tudung.

Pasal harga pulak, memang terlajak murah. SERENDAH RM5-RM10. Untuk blossom plain, 2helai RM10. Tak boleh beli satu, kene beli 2. Okay lahh kan? 2 tudung tapi dapat 4 warna.Untuk white label pulak, RM9. Untuk label-label yang lain, RM10. Murah kan?? Mane nak carik. Rata-rata yang pergi sana, beli bundle bundle. Sebab mereka mereka nak jual balik tudung tu ikut harga pasaran.

Nasib baikla Nora ni bawak anak kecik and tak bawak duit banyak, kalau tak, memang terjebak jugak beli ber bundle bundle. TAK MENYESAL DATANG AND DAH JATUH CINTA DENGAN ADIJUMA. And seriusly, LEBIH BAIK pakai tudung AJ yang memang labuh and harga berpatutan. Dari pakai tudung Fareeda Nyata Jelita. Dah la PENDEK, mahal pulak tu. OPPPS ! Jangan kecam saya.
 Blossom plain tu Nora ambik 4. Colour yang sama. Sebab nak pakai dengan budak opis lagi 3orang. Baru nampak geng. Ehh? HAHAHAHA. Yang satu lagi pulak tudung blossom bercorak. Nampak kan 2 warna dan 2 corak
Haaa, yang pink ade gambar gegirl comel tu kesayangan beta. I suka tengok orang pakai tudung cartoon cartoon. Gambar pil la. Strawberry laa. Tapi masa jualan gudang tu, kene pandai carik and selongkar. Baru jumpa yang cantik cantik. Yang polka dot tu pulak, pesanan dari officemate. 

Lepasni, kalau ada jualan gudang Adijuma lagi, memang Nora akan free kan diri dan pergi borong habis-habisan. Balas dendam untuk kali ni tak dapat borong banyak. kihkih !

Okayyla, sekarang waktu bekerja. Suka sangat makan gaji buta. Kbaiiiii ! Jumpa lagi next entry.


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen