Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: Hotel Equatorial, Melaka

Wednesday 13 April 2016

Hotel Equatorial, Melaka

Alhamdulillah, hujung minggu lepas diberikan kesempatan untuk sekali lagi bercuti bersama suami dan anak-anak. Kali ni bercuti bersama ahli keluarga dan sanak saudara en. suami. Walaupun hanya di Melaka, tapi berkumpul ramai-ramai bersama sanak saudara yang buat percutian tu jadi happy. Berbunga-bunga je hatii.

Percutian kali ni hanya untuk meraikkan kakak kakak, makcik makcik, atuk atuk, anak anak saudara dan semua yang meyambut kelahiran pada bulan April. Terima kasih kepada pihak penaja yang menaja bilik hotel kami. TERIMA KASIH DAUN KELADI, TAHUN DEPAN BELANJA LAH LAGI. hihihi!

Sebab majority daripada Johor dan hari bercuti bagi Negeri Johor adalah pada Jumaat dan Sabtu, maka kami yang duk kat KL ni terpaksa lahh ambik cuti hari Jumaat sebab nak check-in hotel hari Jumaat pukul 3.00PM.
Haaaa, ni lahh hotel yang kitorang duduk tu. HOTEL EQUATORIAL, nama nyaaa. Tapi untuk adik beradik husband Nora, kitorang ambik 2 bilik je. Bilik sebelah sebelah tapiiiii, kat tengah tu boleh bukak pintunyaa. So, dah macam homestayyy. 1 bilik katil queen size lagi satu bilik katil single tapi ade 2 bijik. Peringatan yer, bilik hotel ni DILARANG MEROKOK. Kalau tibatiba alarm berbunyi and air memanjut keluar disebabkan asap rokok korang tu, haaaaaaaa ! bayar la denda RM350.00 yer.

Sampai sampai je hotel, letak letak barang, terus bawak anak anak mandi swimming pool. Acah-acah anak yang excited padahal mak mak budak yang excited. kihkih!
Baju yang Arissa pakai tu, makngah dia bagi. Kakak Izzati punya masa kecik-kecik dulu. Makngah. Jimat duit Ummi dengan Abi. hihihi! Dah mandi mandi, Arissa nangis nangis taknak balik bilik sebab syokk sangat duduk dalam air tu. Nasib Abi nyaaa ada. Abi nyaaa laaa duk dukung bawak balik bilik. Kalau harap Ummi, Ummi tarik jeee. Mana nak kendong adik lagi. Dah macam dapat anak kembaqq dah.

After Maghrib, semua adik beradik sanak saudara En. Suami, berkumpul dekat tingkat 4.  Dari pukul 8PM sampai laa 11PM. Masa nie sesi beramah mesra bersama ahli keluarga. Sesi potong kek untuk kelahiran April dan sesi main teka teki. Tak sempat pun nak bergambar time ni. Dokk sebok kejar Arissa kesana kesini. Nasib Aufa tido and kakak ipar volunteer nak pegang. Malas nak main game lahh tu. huuuuu!

After majlis perjumpaan selesai, kitorang pon pg laa makan ikan bakar. Alaaaa, dekat mane tak ingat lahh pulakkk. I ikut je driver. Huhuhu! Selesai makan-makan, budak budak ni sebok lahai nak naik beca. Ber beca lah kami 4 keluarga. 1 Beca RM25. Tapi sebab ambik 4 beja, dorang bagi RM20 je. Alhamdulillah, semoga mereka dimurahkan rezeki. Aminnnnn.
Abang abang beca ni bawak kitorang round satu pusingan. Round dari mana kemana, itu Nora pun taktahu. Nampak semua sama jeee. Heee ! Kesian tengok abang abang beca ni mengayuh. Kami dah la semua berat berat. Sampai dekat setiap destinasi yang ada sejarah sejarah Melaka, dorang akan mula lahh bercerita pasal tempat tu. Destinasi terakhir, Kota Melaka. Haaa, masa ni abang abang beca kasi kitorang turun untuk melihat kawasan and bergambar. Cuma nyaaa, dekat bawah jelaa. Tak boleh naik atas. Keras katanyaaa, sebab bawak baby kan.
Ni lahhh adik beradik en. suami. Budak budak kecik ni yang meramaikan keluarga. Hihihi! Balik dari Kota Melaka ni, abang abang beca terus hantar kitorang dekat kereta. Niat di hati lepas naik beca ni nak lah jugak pg Jonker Walk (uptown cina) ke, uptown Melayu ke. Tapi tengok budak budak semua dah mengantuk, terus jelahh balik hotel.
Budak ni jelah yang tak reti letih and mengantuk nyaaaa. Orang lain dah terbaring terbongkang tido, dia duk sebok sebok lari sana sini lagi. Dah menangis 3 4 kali sebab kene marah dengan Ummi, baru lahhh nak tido. Haish ! Lepastu Ummi yang serba salah sebab marah budak comel tu.

Aktiviti esok pagi pulak, adalah BREAKFAST. hahahaha. 1 bilik hanya 2 orang sahaja dibenarkan. Nora salah seorang yang bertuah dapat pergi. Ikutkan malas nak turun sbb anak anak tido. Dah asyik kene push push, pg jugaklaaa. Arissa macam tahu tahu je Ummi dia nak pg makan. Time time tu jugak dia bangun. memang betul betul kuat melantak Arissa ni. kihkih !

Balik dari breakfast, semua dok sebok kejut kan anak masing masing. Ajak mandi swimming pool untuk hari terakhir katanyaaa. Ceit, kan betul mak mak dengan bapak bapak budak yang excited. hihihi!
Walaupun Aufa baru 5 bulan, Nora rasa tahap nak berenang Aufa membuak-buak. Nak tahu kenapa? Meh sini tengok video yang Nora ambik.
Nampak tak betapa hebatnya Aufa berenang? Ummi dia pun takleh buat gini tau. HAHAHAHA! Sebab check out pukul 12PM, pukul 11AM semua dah duk kalut kalut nak balik bilik dah. Balik balik bilik, Abi dorang ni tak bangun tido lagi. Ehh? Mentang-mentang dalam air-cond.

Selesai semua process check out, ada 1 lagi aktiviti bersama sanak saudara. Tapi tak semua yang join. Haaaa, yang ni hangpa bayaq sendiri la naaa. Takkan yang ni pun nak orang bayarkan. hihihi! Aktiviti Hi Tea. Untuk Makcik Pakcik, semua nya disponsor oleh adik bongsu mereka. Bagi keluarga kami yang dah takde mak ayah, Ucu akan sponsor untuk yang sulung sahaja. Means, ketua keluarga yang menggantikan mak dengan ayah lahh kan. Untuk Hi-tea ni, satu kepala RM70. Makan la puas puas dari jam 12PM - 4PM. Larat ke korang nak makan? Sebab tempat dah reserved, kalau lepas makan nak balik bilik ke, nak jalan jalan ke. lepastu, datang la makan balik. Pun boleee cenggitu. Untuk Aktiviti ni, Nora pun tak ambik gambar. Kang dok sebok sebok tangkap gambar, kene hempuk dengan husband pulak. Orang dok sebok makan, Nora duk sebok . hihihi!

Itu jelahh cerita hujung minggu kitorang. Takde la seronok sangat pun. Cuma dapat jumpa saudara mara and bawak anak jalan jalan je. hihi! Service hotel, memang tiptop. Very recommended. Semalam hanya RM240.00 sahaja. TV yang pihak hotel sediakan, bukan boleh tengok tv je, siap ade movie dengan music lagi. Semuanyaa dihujung jari. Satu je yang Nora tak suka pasal bilik hotel ni. Takde pantry. Nak basuh cawan ke mangkuk ke, semua dalam bilik air. Nasib I tak rendam pinggan mangkuk dalam tab mandi. hihihi!

Okaylaa, sampai sini dulu. Penat dah celoteh.


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen