Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 2016

Tuesday 26 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 2016

Alhamdulillah, harini dah masuk 21 syawal. Baru berkesempatan nak hupdate blog. Dari 17 syawal update ni diperap. Sebelum sebelum ni banyak je masa nak update tpppp kemalasan melanda. hahahaha ! Okayyyy, jooom cite pasal raya pulak.

Tahun lepas kami raya bertiga. Tahun nie berempat la pulakkk. Tahun depan?? berempat lagi laaaaa. Mau meroyan kalau tambah lagi sorang. Semua kecik kecik. Hehehe! Raya pertama bagi Danish Aufa dan raya ke2 bagi Dhiya Arissa. Tahun ni turn Ummi hokeyyyyy. Yeayyyyy! BATU KURAU BATU KURAU.

Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air bergenang,
Dosa tertimbun mohon diampun,
Salah dan silap jangan dikenang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tema tahun ni pinkkkk hokeyyy. Bukan senang tau en somi nak pakai pink. Tetiba dia pulak yang tak kesah. Nampak sweet tak? Ni gambar 1st raya masa dekat kampung Nora. Batu Kurau, Taiping Perak. Nak tangkap gambar sekeping ni pun bukan main susah lagi nak ajak. dapat sekeping ni pun dah syukur alhamdulillah. Lain semua berwefie dengan sepupu sepapt hakak jeee. kihkih !
Ni pulak gambar dengan mak ayah and adik. Sorang je lagi adik takde. Disebabkan urusan kerja dan tanggungjawab, dia tak dapat nak balik kampung raya sekali. Ni 1st time dia tak balik raya. Mesti nangis esak esak kat rumah kan?
Ni pulak sepupu sepapat anak buah semua ade. Tak sempat nak kumpul semua and susun cantik cantik. Ade yang sebok makan la. Layan anak la. Buat itu la ini la. Tangkap rawak jeee. Cantik jugakkk kan?
Ni pulakkk gambar pengarang jantung Nora. Yang si kakak asyik mengunyahh jeee. Yang si adik pulak, nak makan nak makan. Tapi kecik lagi. Mane boleh makan semua. KESIAN ummi tengok anak ummi nie.

Dari pagi beraya, bawak la ke malam. Dah nak tido, baru reti nak balik.

Maghrib raya ke2 bersamaan hari Khamis 07/07/2016 barulah kami sekeluarga berangkat ke kampung En suami di Sri Gading, Batu Pahat. Sampai sana je jam 2.00AM. Sampai sampai, terus makan. lapaqqqq bak hang. Pastu baru tidooo.

Tahun ni raya Batu Pahat tak berapa nak meriah. Takde jalan jalan macam tahun tahun sebelum sebab Ucu (adik arwah mak mertua) dapat 2 cucu serentak. Dua dua dalam pantang lagi. Kami dok tunggu orang datang rumah jelahh. Malam pulakk, baru pergi rumah sepupu husband sebab nak bertunang. Itupun area area sana jugak.
Nama sepupu en suami yang bertunang ni, sama tau nama dia ngan nama Nora. Cuma nama dia ade "H" jeee. Orang kampung panggil dia ekin. Nora je family en somi panggil Nora. Sbb masa keje dengan en suami dulu, orang orang sana memang panggil Nora. Melekat sampai sudah. Kihkih !
Ni lagi gambar waktu majlis. Orang duk sebok makan. Nora dok sebok selpiaqqq dengan anak. Tunggu husband makan dulu, pastu turn dia pulak jaga anak. Hehehehe!

Hari sabtu lepas Zohor pulak, adik beradik en suami rushing balik kampung arwah ayah mertua Nora pulak. Nora pun tak ingat la ape nama kampung tu. Sebab selalu kalau balik sini, tak tido pun. Jalan jalan rumah sedara mara, terus balik Pemanis, Segamat (rumah arwah mak & ayah mertua). Kenapa & mengapa, Nora memang taktahu lah.

Sampai sini jelah cerita cerita raya di kampung untuk tahun ni yer? Kalau rajin, cerita pasal jalan jalan raya bersama kawan kawan dengan sedara mara kat KL pulak. hikhik ! KALAU RAJIN...

Okayyyyy, jumpa next entryyyy.  

 


Coretan,
Nora


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen