Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: Selamat Harijadi, Sayang :)

Tuesday 31 December 2013

Selamat Harijadi, Sayang :)

SELAMAT HARIJADI, SAYANG.

Sempena harijadi awak, saya ingin turut sama memanjat syukur kehadrat Illahi kerana telah memberi peluang utk saya berada disisi awak tika dan saat ini.

Terima kasih Allah, kerana telah memanjangkan usia awak.

Terima kasih Allah, kerana telah menganugerahkan kesihatan yang baik buat awak. Dapat awak menjaga dan menjadi pelindung saya.

Terima kasih Allah, kerana telah menciptakan awak utk saya, menjadikan awak teman hidup saya. Kalau boleh biarlah anugerah ini kekal bersama saya hingga ke akhirat kelak.

Doa dan harapan saya, semoga awak dikurniakan Allah SWT kesihatan yg baik selalu sebab kalau awak sakit, siapa nak jaga saya dan bakal anak anak kita nanti.

Semoga awak menjadi suami dan ayah yang lebih baik dari hari hari semalam agar mampu membimbing saya dan anak ke jalan yg lebih baik dan diredhai.

Semoga awak berjaya dengan karier dan cita cita awak sepertimana yang awak impikan.

Semoga semua perkara yang baik akan banyak hadir melewati kalendar hidup awak.

Semoga awak sentiasa dilimpahi kegembiraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Semoga awak sudi menjadi imam kami sampai bila bila pun.

:)

Coretan,
Nora  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen