Norasikin Ishak NORASIKIN ISHAK: March 2015

Monday 30 March 2015

Resepi Carrot Goreng Tepung

Assalamualaikum.

Hujung minggu Ahad adalah masa untuk mencuba macam-macam resepi. Selongkar punya selongkar peti ais tue, terjumpalahh carrot yang lama menumpang. Makanya, teringat satu resepi yang pernah terbaca dulu. Tak ingat lahh pulak dari blog sape. Maaf yer kepada empunya blog. Tak dapat nak link. Haaaa, meh-meh nak share resepinya.

Bahan-bahan :
Carrot
3sb tepung gandum
3sb tepung jagung
2sb tepung beras

Cara-cara:
Potong carrot kepada 3 bahagian dan hiris kasar seperti gambar diatas. (Ikut suka lah berapa banyak batang carrot korang nk guna.)
campurkan kesemua tepung diatas dan bancuh tepung tersebut seperti membuat bancuhan pisang goreng. 
Perap selama 10-15minit. Kemudian, celupkan carrot carrot yang telah dipotong.
Goreng carrot yang telah dicelup sehingga betul-betul garing.
SIAP ! Boleh lahh makan sambil tengok running man. Hehehe !

Senang kan ? Buat untuk makan petang pun sedap. :) SELAMAT MENCUBA.


Coretan,
Nora



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 25 March 2015

Wordless Wednesday #9


Coretan,
Nora
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 17 March 2015

Resepi Home Made Ice Cream

Assalamualaikum.

Haaaa, harini Nora nak share resepi macamana nak buat ice cream. Mungkin ramai yang dah tahu. Nora dapat resepi ni pun dah lama tapi baru semalam Nora berkesempatan nak buat. Mood tengah rajin konon. Hehehe.

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (sukatan tin kecil. nak lagi manis, letak banyak)
1 biji telur
1 sdk esen vanila
1 sdb ovallet

Perasa :
Milo (ikut suka lahh nak perasa apa. Nora pakai milo sbb ni je yang ade dekat rumah)


Cara-cara:
Humban semua bahan-bahan diatas dalam mixer. Kalau taknak pakai mixer, pakai tangan pun boleh. Tapiiii, nanti dah rasa macam buat dodol pulak. Berketul-ketul otot keluar. Hehehe ! Sebab kene bagi bahan-bahan ni jadi likat melekat. Pakai blender pun bolehh. Kacau dalam 15-20minit.
Taraaaa~ Haaaa, texture macamni lahh yang kita mahukan. Lepastu asingkan lah kepada beberapa bahagian untuk perasa perasa yang anda sediakan, nora pakai satu perasa je. So takyah asingkan.
Haaaa, gini lah. Then kacau dan terus kacau sampai sebati.
Kalau nak cantik, hiaskan lahh dengan choclate rice yang warna warni tue. Nora buat 2 bekas sebab satu bekas kene bg dekat rumah mak. Tue lahh juri juri resepi Nora. Hehehe! Masuk peti sejuk beku sehari semalam.
Okayyyyy, boleh ngap ngap ngap! Yummyyyyyy. :)

P/s : Ramai yang cakap guna telur nanti hanyir. seriously, ice cream Nora perfert. Tak hanyir.

Selamat mencuba. :)


Coretan,
Nora

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 1 March 2015

Universal Studio Singapore


Dah sebulan pergi USS since 31 Jan sampai 3 Feb, baru hari nie berkesempatan nak update blog. Dari sehari ke sehari nak update, asyik delay je disebabkan kekangan waktu. And salah satu faktor utama ialah Nora dah pindah rumah and rumah baru takde line Internet. Okayyyy, back to the tittle. Ini kali pertama Nora jejakkan kaki ke negara orang. Walaupun hanya sekangkang kera je dari Malaysia, ianya tetap overseas.  Special  pada Ucu my husband sbb buat company trip every year and family members akan di invited sekali. Hehehehe !

Perkara pertama yang kita kene buat sebelum keluar daripada negara adalah PASTIKAN NAMA ANDA TIDAK BLACKLIST PTPTN. Hahaha ! Okayyyy, kali nie serius. Firtsly mestilahh kene buat passport. Pastikan anda berpakaian GELAP. Kalau tak, habislah. Staff Imigresen suh balik tukar baju. Okayyy, ini tipu. Kalau korang tak berpakaian gelap, nanti jadi macam Nora. Penat je pakai selendang belit belit. Last last kene pakai tudung sarung yang pihak imigresen sediakan. Jangan cakap Nora, Arissa pun kene sarung tudung untuk cover baju dia. Penat pakai kan Arissa comel comel, last last semua kene tanggalkan. Serabai terus rambut.
taraaaaaa~

Perkara kedua yang perlu buat sebelum ke negara orang ialah tukar matawang. Seriusly, mata wang kita jauh ketinggalan. Nora tukar RM500.00 cuma dapat 180 dollar je. Tue pun dah lebih dari cukup sebenarnya. Nora siap bawak balik Malaysia 100 dolar. Beli ole ole utk ahli keluarga dengan kawan kawan terdekat cukup lahh kan.

Yang ketiga pulak, tak payah nak pakai dress ala ala princess gitu. And sila pakai kasut sarung or sandal. Walaupun Nora tahu USS tue theme park, tapi Nora pun tak pasti kenapa dan kenapa Nora pakai kasut tumit. Mungkin sebab Nora tahu yang Nora takkan dapat ride sebab kene jaga Arissa. Padan lahh muka Nora kan sebab belum pun naik bas kaki dah sakit. Bila balik, dua dua kaki pun melecet.

Yang kelima, tak payah lah bawak camera besaq besaq. Hang nak p bersuka ria ke nak p cuci mata ? Cukuplahh sekadar smartphone. Nanti susah nak bawak kehulur kehilir.

Perkara ke enam pulak, bawak barang barang yang penting sahaja. Bawak sekecik kecik beg yang boleh dan sila bawak mineral water. Seriusly, amat amat tak berbaloi beli dekat sana. 5 dolar singapore 1 botol air bersamaan dengan RM14++. dah boleh buat makan pagi dengan tengahari and malam.

Last but no least, JANGAN BAWAK BUDAK KECIK. Tak semua tempat budak boleh masuk. Takkan hangpa nak tinggalkan dorang tunggu hagpa sorang sorang dekat luar kan ? Dengan korang korang tak masuk. Kan dah rugi. Nora pun dapat ride 2 je. Tue pun kebetulan Arissa tido atas riba tok sedara dia. So lari jap p main. Hehehe !

Terima kasih lah kepada yang sponsor kami pergi sana yer ? Kalau tak, takde nya kitorang nie sampai sana. Mane lahh nak mampu masuk USS tu. Ticket je dah RM200++ sorang. Belum termasuk hotel dekat JB 4hari 3malam. Untuk shopping lagi dan bla bla bla.

okayyyy, mari biarkan gambar berbicara.

Sampai sini sahaja. Jumpa lagi di next entry ! Bubye. Muahhhh ♥

Coretan;
Nora


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen